Bertemakan itu, Unitar International University (Unitar) bakal mengadakan UNITAR CAREnival 2019 bertempat di Kampus Utama UNITAR, Petaling Jaya dekat sini, esok.

Karnival yang dijangka menarik ribuan pengunjung dan lepasan sekolah menengah merupakan satu bentuk perkongsian strategik industri baharu yang menyediakan pengunjung pilihan untuk meneruskan hasrat mereka tanpa halangan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif UNITAR, B. Puvan, perkara itu adalah selari dengan pendekatan UNITAR dalam menerapkan pembelajaran dan pengajaran yang memenuhi cabaran pekerjaan hari ini.

“Pendekatan holistik dalam reka bentuk program di UNITAR, kami sepenuhnya bersedia untuk menghasilkan graduan yang mampu memenuhi cabaran persekitaran kerja dan cemerlang dalam pelbagai bidang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Karnival yang bakal bermula pada pukul 9 pagi hingga 6 petang itu bakal dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam pada itu, karnival berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran artis dan pelawak Malaysia, Harith Iskander serta usahawan, Christy Ng yang bakal berkongsikan pengalaman dan kejayaan mereka dalam bidang masing-masing.

UNITAR CAREnival turut memberi peluang kepada pengunjung untuk menyaksikan aktiviti yang disediakan antaranya cabaran futsal, pertunjukan fesyen dan hadiah menarik seperti iPad dan permainan Sony PlayStation 4. - UTUSAN ONLINE