Jumlah itu melibatkan pendaftaran pelajar di tiga kampus di negeri ini iaitu di Gong Badak, Kuala Terengganu dan Besut.

Kesemua mereka akan mengikuti pengajian peringkat Asasi Sains dan Perubatan di samping diploma di lapan fakulti.

Fakulti itu ialah Fakulti Bahasa dan Komunikasi; Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan; Fakulti Informatik dan Komputeran; Fakulti Pengajian Kontemporari Islam; Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi; Fakulti Sains Kesihatan; Fakulti Sains Sosial Gunaan serta Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa.

Pelajar baharu yang terdiri daripada seramai 615 perempuan dan 303 lelaki itu dijadualkan menjalani program Minggu Mesra Siswa (MSS) selama lima hari bermula hari ini.

Pelbagai pengisian disediakan bagi MSS antaranya larian kemanusiaan, program sukarelawan bersama komuniti dan bicara tokoh. - UTUSAN ONLINE