University Grant Commision of Bangladesh berfungsi sebagai agensi yang berobjektif untuk menyelia, menyelenggara, mempromosikan dan menyelaras institusi pendidikan tinggi di Bangladesh. UGC juga bertanggungjawab untuk mempastikan standard dan kualiti di semua universiti awam dan swasta di Bangladesh untuk terus berada di dalam tahap yang telah di tetapkan. UGC menilai keperluan universiti awam dari segi pembiayaan disamping menasihati kerajaan Bangladesh dalam pelbagai isu berkaitan pendidikan tinggi di Bangladesh.

Pertemuan pertama diantara UiTM dan UGC adalah pada Mac 2019. Hasil daripada perbincangan awal, bersama beberapa dekan fakulti dan Institut Kepimpinan dan Perkembangan (Institute of Leadership and Development – ILD), telah menarik minat UGC untuk membentuk satu jalinan kolaborasi jangka panjang bersama UiTM. Sebagai komprehensif universiti, kepelbagaian program di peringkat Master dan PhD juga merupakan salah satu tarikan utama UiTM selain daripada kekuatan program pemantauan dan bimbingan kepada perkembangan kerjaya dan kecemerlangan staff akademik dan pentadbiran yang menjadi budaya kepada pengendalian institusi yang besar seperti UiTM. Keterbukaan UiTM untuk menyediakan kepada program latihan yang boleh direkabentuk mengikut kesesuaian dan permintaan perlbagai agensi sekaligus membuka peluang program latihan diperingkat antarabangsa. Kolaborasi seperti ini bukan sahaja memberikan impak positif kepada perkembangan UiTM sebagai institusi terbesar di Malaysia dari segi bilangan pelajar dan juga staff, ini juga membuktikan pengiktirafan global dari agensi luar negara yang bertanggungjawab menyelarasa kualiti pendidikan tinggi di negara mereka, khas nya Bangladesh.

Sehubungan dengan itu berikut adalah fokus kolaborasi yang ingin di terokai, program kepimpinan akademik, pembangunan staff, latihan dan kursus dikalangan staff oleh pelbagai kementerian di Bangladesh, projek penyelidikan bersama, pertukaran staff dan juga Phd program bersama. Dalam usaha pengantarabangsaan dan memperkasa keupayaan mobiliti staff dan pelajar, kolaborasi ini berupaya memenuhi keberlangsungan misi dan visi UiTM untuk menjadi sebuah universiti yang berupaya membentuk minda dan mentransformasikan kehidupan.