Naib Canselornya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said berkata, dasar tersebut dilihat relevan berikutan keperluan bumiputera terutama dari kawasan pedalaman yang miskin masih ramai.

“Universiti ini telah memberikan impak yang besar pada sosial ekonomi bumpitera dan penyatuan bangsa Malaysia kerana menyumbang kepada ekuiti perpaduan.

“Ekuiti penting dalam usaha untuk menyatupadukan bangsa Malaysia dan UiTM kekal relevan ke arah itu dan (sekarang) bukan masanya mengubah dasar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangi memorandum persefahaman projek endowmen pembangunan residensi antara UiTM dan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (ATM) di sini hari ini.

Isu berkenaan kembali timbul apabila Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr. Arshad Ayub mencadangkan agar kemasukan ke UiTM dibuka kepada bukan bumiputera, namun hanya untuk kursus pengajian pascasiswazah bagi menjamin keseimbangan persaingan antara pelbagai kaum di negara ini. - UTUSAN ONLINE