Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tiga pelajar IPT terima Anugerah Pingat Tunku 2016

Tiga pelajar IPT terima Anugerah Pingat Tunku 2016 2
MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh (empat dari kiri) bergambar bersama penerima pingat Tunku 2016, James Lian Yoon Chen (tiga kiri) Muhammad Khairul Adib Muhammad Yusof (empat kanan) dan Hanisah Hassan wakil ibunya (kanan) serta ibu bapa tiga Graduan Terhebat Universiti Awam Seluruh Negara 2016 di Memorial Tunku Abdul Rahman di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE/Gambar AZLAN HADI ABU BAKAR

KUALA LUMPUR 20 Mac - Siswazah Universiti Sains Malaysia (USM), Lian Yoon Chen dipilih sebagai penerima pingat emas Anugerah Pingat Tunku 2016 berikutan pencapaian cemerlang beliau dalam bidang akademik, kokurikulum dan kepemimpinan.

Majlis penganugerahan pingat tersebut disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh yang berlangsung di Memorial Tunku Abdul Rahman di sini hari ini.

Dengan kemenangan itu, Yoon Chen, 24, yang bakal bergelar doktor pergigian menerima hadiah wang tunai RM5,000 dan pingat emas daripada penganjur anugerah tersebut iaitu Yayasan Tunku Abdul Rahman.

Sementara itu, bekas mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Hanisah Hassan diumumkan pemenang pingat perak Anugerah Pingat Tunku 2016 manakala penerima pingat gangsa ialah Muhamad Khairul Adib Muhammad Yusof, siswazah Universiti Putra Malaysia (UPM). - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain