Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia merupakan satu inisiatif khusus yang dikenali sebagai Program Pegawai Keselamatan dan Kesihatan untuk Institusi Pengajian Tinggi (SHO for IPT) yang akan dikendalikan sepenuhnya agensi itu di IPT terlibat.

Menurut beliau, pendekatan itu mampu menjimatkan masa graduan TVET untuk memperoleh sijil berkenaan di samping dapat meminimumkan kos serta mengekalkan mutu kursus latihan.

“SHO for IPT memberi kelebihan kepada para pelajar TVET memperoleh sijil profesional kompetensi ketika pengajian di IPT masing-masing.

“NIOSH akan turut menganjurkan bengkel penyediaan peperiksaan berserta empat kertas peperiksaan lengkap bagi program tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Usahasama terbaharu itu dijangka dapat membantu meningkatkan jumlah pekerja yang mempunyai kemahiran dalam aspek KKP ketika bertugas di tempat kerja. - UTUSAN ONLINE