Program berkenaan merupakan inisiatif fokus UniMAP terhadap pelaksanaan ‘Dekad Membaca Perpustakaan’. Inisiatif berterusan akan diadakan untuk menjadikan ‘Sudut Books4Gifts’ ini sebagai destinasi kunjungan terutama bagi kanak-kanak dalam kalangan kelompok B40.

Keberangkatan tiba baginda berdua yang juga merangkap Tuanku Canselor dan Tuanku Pro Canselor universiti disambut oleh Ketua Pustakawan PTSFP, Mazmin Mat Akhir. Turut hadir ialah Naib Canselor, Datuk Prof Zul Azhar Zahid Jamal.

Zul Azhar dalam ucapan alu-aluan beliau, menyeru bagi pihak UniMAP agar para individu dan juga badan korporat tampil beramai-ramai untuk menyumbang dana kepada Program ‘Books4Gifts’ dan melestarikan program ‘Buku Percuma untuk Semua’ ini. - UTUSAN ONLINE