Adiwira berkenaan yang mula menunggu murid-murid di hadapan sekolah tersebut bermula pada 12 tengah hari itu turut membuat ibu bapa teruja dan ada juga yang dilihat bersalaman dengan mereka.

Kostum maskot itu dipakai oleh sukarelawan Kolej Komuniti Pasir Gudang.

MURID-MURID sesi petang Sekolah Kebangsaan Taman Scientex di Pasir Gudang disambut oleh maskot adiwi

MURID-MURID sesi petang Sekolah Kebangsaan Taman Scientex di Pasir Gudang disambut oleh maskot adiwira Spiderman, Upin dan Ipin serta maskot rasmi Marrybrown. - UTUSAN ONLINE

Menurut Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Abdul Nasir Sabran berkata, sekolah itu mula memperkenalkan konsep itu sejak 2015 bertujuan untuk menceriakan mereka terutama murid tahun satu.

“Anak-anak itu terutama yang nak masuk darjah satu mereka risau tapi bila tengok maskot mereka lupa seketika risau serta takut tu dan jadi gembira.

“Program itu kita nampak berkesan apabila kita buat sebelum ini, anak-anak terutama darjah satu kita tak nampak mereka menangis. Ibu bapa juga beri respon yang baik,” katanya ketika ditemui di sekolah itu sebentar tadi.

Yang turut hadir, Guru Besar sekolah berkenaan, Md Bakir Md Amin.

Program tersebut merupakan kerjasama antara pihak sekolah, PIBG, Marrybrown dan sukarelawan Kolej Komuniti Pasir Gudang melibatkan seramai 70 orang. - UTUSAN ONLINE