Lima pelajar tingkatan lima itu ialah Rushdina Sofea Rushdan, Siti Nabilah Syahirah Roslan, Nur Salsabila Abdul Rahman, Muhammad Ajwad Mohd. Zamri dan Abi Aamar Arshad.

Mereka membolot anugerah Gold Medal Award Euroinvent, Special Award Corneliu Group Romania, Special Honour of Toronto Invention Society, Canada serta Special Prize Award Euroinvent.

Kehebatan pelajar-pelajar ini berjaya menyingkirkan 600 pasukan lain melibatkan kira-kira 100 buah negara dalam pertandingan yang berlangsung di Palace Culture di Iasi, Romania.

Kesemua pelajar itu bersama dua guru pembimbing, Wan Salasiah Wan Sulaiman dan Mohd. Noor Shamsulainee Othman serta Che Engku Noor Aien Che Engku Mahmood selaku ketua kontinjen pada masa ini masih berada di Romania dan dijangka pulang ke Malaysia lusa.

Lima pelajar SMK Panji Alam yang membolot beberapa anugerah utama sekali gus mengalahkan 600 pasuka

LIMA pelajar SMK Panji Alam yang membolot beberapa anugerah utama sekali gus mengalahkan 600 pasukan lain melibatkan 100 buah negara di Romania semalam. - UTUSAN ONLINE

Dalam pada itu, kejayaan kontinjen dari SMK Panji Alam ini turut mendapat perhatian Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan juga Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.

Ahmad Samsuri dalam status Facebook miliknya hari ini mengucapkan tahniah kepada lima pelajar sekolah berkenaan yang merangkul pelbagai anugerah tersebut.

“Tahniah kepada sekumpulan anak-anak pelajar SMK Panji Alam atas kejayaan memenangi pelbagai anugerah di 11th Euroinvent 2019 di Romania.

“Imaginasi pencetus kreativiti dan inovasi. Semoga menjadi inspirasi kepada para pelajar lain. Mereka ‘future inventor’ negeri Terengganu,” kata Menteri Besar dalam akaun Facebook miliknya itu.

Shafruddin pula dalam reaksinya kagum dengan pencapaian sekolah berkenaan dan kejayaan itu menjadi kebanggaan negara dan juga Terengganu khususnya.

“Sekolah ini pada asalnya sebuah sekolah harian biasa namun hasil usaha gigih banyak pihak terutama guru serta pelajarnya membolehkan mereka menakluk eropah dengan menyingkirkan 600 pasukan melibatkan 100 buah negara,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE