Pengetuanya, Fatimah Haron berkata, pemilihan itu akan membolehkan lebih banyak kerjasama strategik dilaksanakan bersama universiti itu.

Tambahnya, jalinan kerjasama antara sekolah kluster kecemerlangan itu dengan UniKL sudah terjalin sejak 2009 lagi dan saban tahun terdapat program bersama pelajar dianjurkan.

“Pemilihan ini merupakan satu penghargaan yang tinggi sekali gus mengukir satu lagi sejarah terutama sempena ulang tahun ke-15 penubuhan SMK Mak Lagam pada 28 Februari lalu,” katanya ketika berucap dalam majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dengan UniKL di sekolah itu, semalam.

Yang hadir sama, Timbalan Presiden Pembangunan Mahasiswa dan Gaya Hidup Kampus UniKL, Prof. Datuk Dr. Khairanum Subari. - UTUSAN ONLINE