Berangkat sama mengiringi baginda berdua ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Konsert berkenaan dianjurkan khas oleh kerabat-kerabat Diraja Perlis bagi membantu mengumpul dana untuk disalurkan kepada beberapa buah badan amal di negeri Perlis termasuklah Yayasan Amal Tengku Hajah Budriah Perlis (yang menaungi Persatuan Sindrom Down Negeri Perlis dan Persatuan Kumpulan Sokongan Kanser Negeri Perlis), Pusat Dialisis Tuanku Syed Putra Perlis, Persatuan Pandu Puteri Negeri Perlis dan Persatuan Pengakap Negeri Perlis.

Konsert tersebut dijayakan oleh beberapa artis ternama tanah air dan luar negara seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Harvey Malaiholo, Adibah Noor, Datuk Yusni Hamid, anak kelahiran Perlis, Khai Bahar dan Deja Moss. Persembahan mereka diiringi oleh Orkestra RTM di bawah pimpinan Pengarah Muzik, maestro yang juga berasal dari Perlis Datuk Mokhzani Ismail. - UTUSAN ONLINE