Program ISP 1 mendorong para siswazah ini mempraktikkan secara keseluruhan teori yang telah dipelajari dan membina hubungan industri serta menepati kehendak badan Profesional antarabangsa Royal Institution of Chartered Surveyors (RICS).

Program lawatan yang diketuai oleh Penasihat Program ISP, Abdul Razak Mohd dan Ridzuan Yacob itu bermatlamat untuk membentuk pelajar menjadi teknokrat pemimpin global yang berdaya saing seiring dengan pembangunan dan kemajuan dalam meningkatkan kemahiran pengurusan projek.

Penaung Program ISP, Profesor Madya Dr. Zulhabri Ismail berkata, program itu adalah salah satu daripada projek simulasi yang memberi nilai tambah kepada mahasiswa melalui pelaksanaan dan pendedahan aktiviti pelajar di dalam perlaksanaan dan pengurusan projek.

“Beberapa aktiviti yang disusun dalam lawatan itu mencerminkan tanggungjawab UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang prihatin terhadap pembangunan nilai insan yang bagi mewujudkan sumber tenaga mahir dan mencetus pemikiran global.

"Lawatan ke Labuan yang berlangsung selama tiga hari itu disertai pelajar ICPM sebagai melengkapkan kursus pembelajaran mereka.” katanya.

Dalam masa yang sama, para pelajar berpeluang melawat Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Labuan dan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian, Abdul Basit Abdul Latiff menerangkan berkenaan pengurusan pentadbiran tanah selaras dengan keperluan perundangan dan dasar pembangunan negara. - UTUSAN ONLINE