Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Rosdi Ismail berkata, daripada jumlah tersebut, 19,814 calon adalah dari sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina (3,087 calon), sekolah jenis kebangsaan Tamil (489 calon), sekolah menengah kebangsaan (144 calon) dan sekolah agama bantuan kerajaan 63 calon.

“Seramai 415 calon daripada lima buah sekolah swasta turut menduduki peperiksaan ini kali ini.

“Kuantan mempunyai paling ramai calon iaitu 7,836 orang diikuti Temerloh seramai 2,756 orang,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE