Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu boleh disemak melalui saluran UPUPocket, khidmat pesanan ringkas SMS – 15888 dan laman web universiti awam terpilih serta portal rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my.

“Pemohon yang berjaya akan mendapat surat tawaran yang dikeluarkan sendiri oleh universiti awam, politeknik, kolej komuniti serta Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

“Pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline Rayuan di http://upu.mohe.gov.my dalam tempoh lima hari bekerja sahaja mulai 21 Mei 2018 sehingga 25 Mei 2018,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, pemohon juga boleh menghubungi talian hotline 03-8870 8200 untuk bantuan dan penerangan. – UTUSAN ONLINE