Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tutor mengandungi elemen KBAT

MUHAMMAD YUSOFF MOHD. NOOR (depan, lima dari kanan) menyampaikan
MUHAMMAD YUSOFF MOHD. NOOR (depan, lima dari kanan) menyampaikan replika cek tajaan Tutor kepada Nur Farranisa Mahizan sempena mesyuarat agung PIBG SMK Desa Murni di Tasek Gelugor, Pulau Pinang semalam. Mingguan/AZMAN ASMAYATIM

TASEK GELUGOR 4 Mac – Kandu­ngan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor mengandungi elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diperlukan oleh guru selain soalan latih tubi dan nota ringkas mata pelajaran menarik minat pelbagai pihak untuk menaja akhbar itu.

Selain itu, Tutor juga berupaya menjadi alat bantu ulang kaji yang berkesan dalam memperkasa prestasi pelajar di sekolah kerana isi

kandungannya yang padat membantu mereka mendapat input tambahan terutama persediaan menghadapi peperiksaan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua, Muhammad Yusoff Mohd. Noor berkata, kan­dungan akhbar itu dilihat menepati format baharu peperiksaan yang memberi banyak manfaat kepada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Pada tahun lepas saya menaja sebanyak 10,000 naskhah Tutor untuk diedarkan di enam buah sekolah rendah dan tiga sekolah menengah di kawasan DUN ini selama 29 minggu.

“Ternyata ada peningkatan dalam keputusan peperiksaan pelajar, jadi saya sambung tajaan pada tahun ini sebanyak 9,180 naskhah dengan nilai RM6,008,” katanya selepas menyampaikan cek tajaan kepada Eksekutif Jualan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Nur Farranisa Mahizan.

Majlis itu diadakan sempena mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Murni, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengetua SMK Desa Murni, Baharuddin Hashim.

Selain SMK Desa Murni, sekolah lain yang menerima tajaan adalah SK Desa Murni, SK Permatang Buloh, SK Lahar Yooi, SK Sungai Dua dan SK Sungai Puyu dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khai Chee manakala sekolah menengah adalah SMK Permatang Tok Jaya dan SMK Datuk Haji Ahmad Said.

Dalam majlis itu, Nur Farranisa turut menyampaikan kad akses yang mengandungi kata laluan akhbar elektronik Utusan Malaysia secara percuma selama setahun kepada semua sekolah terlibat.

Muhammad Yusoff berkata, maklum balas daripada guru amat positif kerana Tutor memberi kesan besar kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah dan menengah.

“Akhbar ini adalah bahan sokongan dan saya harap guru akan terus memanfaatkannya seiring dengan konsep pembelajaran masa kini,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain