Pemberian oleh anak syarikat kerajaan negeri itu bertujuan mengembangkan lagi penglibatan PIBG tersebut dan menambahkan perolehannya kelak setelah mengusahakan tapak seluas empat pada tahun 2011 dengan tanaman itu.

Pengarah Urusan Kumpulan TDM Berhad, Datuk Mohamad Muda berkata, sumbangan itu sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat terutama kepada masnyarat setempat di kawasan ladang TDM.

“Selaras dengan Model Transformasi TDM Baharu (TTB) yang di lancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman Februari lalu, TDM juga telah memasukkan elemen hubungan dengan masyarakat sebagai satu inisiatif teras strategik.

“Pembangunan masyarakat juga menjadi tumpuan dan keutamaan di dalam usaha perniagaan TDM. SMK Pelong merupakan sekolah yang terdapat dalam lingkaran ladang TDM,” ujar selepas merasmikan penanaman yang turut dihadiri Pengerusi PIBG SMK Pelong, Mohammad Saad.

Melalui usaha itu, beliau berharap para pelajar dapat turut didedahkan dengan industri sawit dengan kefahaman tentang amalan pengurusan sawit yang baik. - UTUSAN ONLINE