Pengurus (Bisnes Partner) Zon 1 TNB negeri, Mohamad Saikon berkata, setiap murid menerima dua pasang baju sekolah agama, kasut, beg dan alat tulis.

“Bantuan ini diharap dapat mendorong dan menyuntik semangat anak-anak daripada golongan kurang berkemampuan supaya terus berusaha dengan gigih untuk berjaya dalam pendidikan.

“Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) TNB bukan sahaja dalam bidang pendidikan, malah merangkumi program membantu golongan yang memerlukan seperti pembinaan rumah kepada ibu-ibu tunggal, fakir miskin dan sebagainya,” katanya.

Bantuan ini merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang kedua sumbangan syarikat utiliti berkenaan selepas pengagihan pertama dibuat pada bulan lalu.

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad sempena program Wacana Muafakat Ancaman Liberalisme Terhadap Akidah di pekarangan rumah tokoh Veteran UMNO Bahagian Pontian, Arshad Daing Matirok.