Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SMK Bandar Puteri Jaya terima penarafan PAK-21

Fauzi Hamdan (empat  dari kanan) menyerahkan Sijil Penarafan Bintang
Fauzi Hamdan (empat dari kanan) menyerahkan Sijil Penarafan Bintang Utusan Pelajar dan Penggunaan Modul 10 Minit Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21) kepada Osman Omar di Dewan Bestari SMK Bandar Puteri Jaya (BPJ), Sungai Petani, Kedah, semalam. UTUSAN/ISMAIL KAMADIN

SUNGAI PETANI 14 Ogos - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Puteri Jaya menjadi sekolah menengah pertama di negeri ini yang menerima penarafan sekolah pem­belajaran abad ke-21 (PAK-21) empat bintang daripada Sekretariat Utusan Pelajar dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

Penolong Pengurus Pendidikan Utusan Melayu, Fauzi Hamdan berkata, sekolah menengah tersebut layak menerima penarafan empat bintang kerana berjaya memenuhi kriteria yang ditetapkan Sekretariat Utusan Pelajar.

“SMK Bandar Puteri Jaya adalah sekolah ketiga di negara ini yang mendapat penarafan PAK-21 empat bintang daripada Sekretariat Utusan Pelajar selain Sekolah Kebangsaan (SK) Kayang, Perlis dan SMK Ideal Height, Selangor.

“Antara kriteria proses penarafan ialah melaksanakan aktiviti PAK-21 semasa perhimpunan mingguan, inisiatif dan kreativiti menampal poster PAK-21 yang dibekalkan serta kreativiti mengurus bahan berkala Utusan Pelajar di pusat sumber sekolah, mengaplikasikan Utusan Pelajar di dalam kelas.

“SMK Bandar Puteri Jaya juga telah memenuhi kriteria ditetapkan seperti menampal poster PAK-21 di pusat sumber dan melaksanakan Modul 10 minit dalam perhimpunan mingguan,” katanya selepas Majlis Penyerahan Sijil Penarafan Bintang Utusan Pelajar kepada Pengetua SMK Bandar Puteri Jaya sekolah itu, Osman Omar di sini hari ini.

Terdahulu, Fauzi berkata, sebanyak 300 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara setakat ini telah melanggan akhbar Tutor dan Utusan Pelajar dan ha­nya sekolah yang memenuhi kriteria yang ditetapkan pihak sekretariat layak untuk mendapat sijil penarafan bintang.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain