Pengerusi YGMB, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, skim takaful itu juga merupakan pakej tambahan kepada caruman sedia ada.

"Sebelum ini, guru-guru membayar (caruman) bulanan sebanyak RM10 yang membolehkan mereka diberi pampasan sehingga RM28,000 sekiranya ditimpa kemalangan.

"Melalui skim baharu ini (takaful) mereka akan menerima lebih banyak manfaat dengan hanya melakukan caruman tambahan serendah RM30 setiap bulan," kata beliau.

Alimuddin berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan dan insentif kepada 12 guru menerusi Program Bersama Guru Muda 1Malaysia (GM1M) dan Penyampaian Sumbangan Kebajikan YMGB di Dewan Bahagian Teknologi Pendidikan Pahang di Beserah di sini tengah hari ini.-UTUSAN ONLINE