Mohd. Nizam Mohd. Iksan
Mohd. Nizam Mohd. Iksan

Guru Besarnya, Mohd. Nizam Mohd. Iksan berkata, beliau telah menggariskan empat kriteria iaitu pengurusan berkualiti, PAK-21 yang berkesan, melahirkan murid secara holistik dan kerjasama dengan pihak berkepentingan.

Menurut beliau, proses itu akan dibuat secara berperingkat dengan guru dan murid terlebih dahulu akan diberikan pendedahan tentang ka­edah pembelajaran tersebut untuk memupuk minat mereka.

“Kita mahu membudayakan PAK-21 di sekolah ini dengan mewujudkan kaedah mengajar yang menarik se­per­ti melakukan permainan yang memberi impak murid dalam kelas.

“Ini sekali gus dapat mela­tih murid untuk berkomunikasi, berfikir dan mengasah bakat mereka selain mengatasi masalah bosan di dalam kelas serta ponteng sekolah,” kata­nya ketika ditemui di sekolah terbabit sempena Karnival Char-Ching di sini hari ini.

Mengulas tentang karnival itu, Mohd. Nizam memberitahu, ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk mendedahkan guru dan murid di sekolah terbabit dengan PAK-21.

“Karnival anjuran Yaya­san Prudence dan Yayasan Ge­nerasi Gemilang ini adalah sebagai hadiah selepas SK Meru 2 menerima Anugerah Guru 1Bes­tari Net 2016 bagi kategori komunikasi atau VLE Frog.

“Melalui karnival ini, guru dan murid akan didedahkan dengan permainan yang membina dan selepas ini pihak sekolah akan bekerjasama dengan penganjur untuk mewujudkan satu modul bagi memperkenalkan permainan itu di dalam kelas,” ujarnya.