Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SK Kayang sekolah pertama terima penarafan 4 bintang

Wahid Hashim menyampaikan sijil penghargaan kepada Noridah Hamdan dalam Majlis Pelancaran Pembelajar
Wahid Hashim menyampaikan sijil penghargaan kepada Noridah Hamdan dalam Majlis Pelancaran Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) di SK Kayang , Kuala Perlis, Perlis, baru-baru ini.

Kayang menjadi sekolah pertama yang menerima penarafan sekolah pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) empat bintang daripada Sekretariat Utusan Pelajar dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

Penarafan tertinggi itu diberikan kerana SK Kayang telah mengambil inisiatif mengadakan program PAK-21 melibatkan 10 guru besar sekolah-sekolah lain dari Perlis di sekolahnya di Kuala Perlis, baru-baru ini.

Program PAK-21 ini dikendalikan oleh Penasihat Utusan Pelajar dan Tutor Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain dan turut dihadiri Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim serta Guru Besar SK Kayang, Noridah Hamdan.

Inisiatif menganjurkan program ini melengkapkan kriterian keempat penarafan sekolah PAK-21 yang memerlukan sekolah melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menyemarakkan program penjenamaan PAK-21 yang digerakkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof sebagai pengasas dan ikonnya.

Tiga kriteria lagi yang juga telah dilaksanakan SK Kayang adalah menguruskan bekalan bahan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Utusan Pelajar di pusat sumber sekolah, memperagakan poster PAK-21 di papan kenyataan, melaksanakan Modul 10 Minit dalam perhimpunan mingguan.

SK Kayang telah melanggan sebanyak 8,190 naskhah Utusan Pelajar selama 39 minggu dan melalui program bersama Utusan Malaysia baru-baru ini, pihak sekolah telah diberi penerangan ringkas mengenai Utusan Pelajar.

Pihak sekolah tidak perlu membuat sebarang laporan atau sebarang pengisian data bagi tujuan program penarafah bintang ini cuma ikuti tiga langkah mudah memuat naik gambar atau video ke laman media sosial dengan memasukkan #utusanpelajar sahaja.

Untuk senarai penuh sekolah dan status penarafan bintang boleh layari www.utusanpelajar.com.my

Sebanyak 10 sekolah lain memperoleh penarafan tiga bintang iaitu SK Dato Wan Ahmad; SK Kota Aur; SK Tunku Bendahara; SK Tunjang; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Puteri Jaya; SMK Che Tom; SMK Kedawang; Maktab Tentera Diraja Sungai Besi dan SMK Seremban 3.

SK Sungai Seluang dan SK Pendang memperolehi penarafan dua bintang manakala 127 sekolah mendapat satu bintang dengan sekolah di Kedah sebanyak 99 sekolah, diikuti Perak (13); Selangor (8); Kuala Lumpur (3); Perlis (2) dan satu masing-masing di Melaka dan Sabah.

Sekolah digalakkan meningkatkan penarafan bintang masing-masing dengan melaksanakan aktiviti yang disarankan dalam PAK-21.

Utusan Pelajar adalah akhbar pendidikan yang direka agar menepati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang mengutamakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pembelajaran.

Diterbitkan setiap Isnin dengan harga RM1, Utusan Pelajar mengandungi bahan bacaan luas mengikut topik PAK-21 untuk semua pelajar sekolah sama ada rendah atau menengah dan merentas mata pelajaran.

Oleh itu, sekolah rendah dan menengah di seluruh negara disaran melanggan Utusan Pelajar bagi menyemarakkan pembelajaran dan pemudahcaraan dengan infrastruktur sedia ada di dalam bilik darjah.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Sekretariat Utusan Pelajar, Fauzi Hamdan 019-5716282 atau menghantar surat permohonan rasmi melalui faksimili di talian 03-92212053.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain