Dana yang dikumpul melalui penjualan kupon karnival itu membolehkan orang ramai terlibat dalam pelbagai acara yang diatur.

Antaranya, jualan makanan ser­ta ‘food truck’, rumah hantu, jualan buku, aktiviti riadah air serta acara lain termasuk melontar dat dan banyak lagi.

Karnival serampang dua mata anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu bermula seawal pukul 8 pagi dan dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Abidin Mohd. Rafique yang turut menyalurkan sumbangan kepada dana sekolah.

Menurut Zainal Abidin, dana yang dikumpul pihak PIBG sekolah adalah untuk menambah pelbagai bahan bacaan, rujukan bercetak dan media elektronik di perpustakaan sekolah selain membeli buku khusus bagi murid yang bakal menduduki peperiksaan.

Katanya, pihak sekolah juga berhasrat untuk menaiktaraf tapak perhimpunan untuk menjadi tapak bacaan harian yang lebih kondusif dengan membina balai-balai bacaan yang selesa kepada murid-murid.

“Dana yang terkumpul melalui karnival ini juga bertujuan membiayai program kecemerlangan dan inovasi murid-muridnya,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan karnival berkenaan di sini.

Yang turut hadir Guru besar sekolah berkenaan, Laili Saidon dan Yang Dipertua PIBG, Alice Suraiti Mazlan.

Kehadiran seluruh warga sekolah termasuk ibu bapa serta komuniti setempat turut meme-riahkan acara kemuncak karnival tahunan iaitu pertandingan bercerita dan hafazan yang disertai murid.

Tidak ketinggalan Pertandi­ngan ‘Miss CBN2’ serta ‘CBN’s Got Talent’ bagi mengete­ngahkan bakat terpendam serta keyakinan murid berdepan de­ngan khalayak.