Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SJKT Kangkar Pulai 
kecapi banyak kejayaan

S. Gomathy bersama beberapa anugerah inovasi yang diperolehinya
S. Gomathy bersama beberapa anugerah inovasi yang diperolehinya sepanjang program Sekolah Amanah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Kangkar Pulai. UTUSAN/ISHAK RAHMAD

JOHOR BAHRU 12 Julai - Sejak menjadi sekolah perin­tis bagi program Sekolah Amanah pada 2011, banyak kejayaan dan transformasi telah dikecapi seluruh warga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Kangkar Pulai di sini.

Program yang dilancarkan pada 2010 diba­ngunkan secara usahasama awam-swasta antara Kementerian Pendidikan, Kha­zanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Ya­yasan AMIR, bertujuan mewujudkan model transformasi sekolah yang boleh dijadikan contoh di seluruh negara.Ini kerana program itu telah berjaya meningkatkan pemba­ngunan modal insan berkualiti dalam kalangan pelajar sekolah berkenaan yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa depan.

Bukan itu sahaja, program berkenaan turut memberi per­spektif baharu dalam proses pe­ngajaran dan pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan warga pendidik di sekolah itu.

Guru sekolah itu, S. Gomathy, 43, berkata, sejak menyertai program berkenaan tujuh tahun lalu, banyak perubahan positif telah dicapai bukan sahaja kepada pelajar malahan juga para guru di sekolah berkenaan.

“Sebelum adanya program Sekolah Amanah ini, ada pelajar yang tidak meminati mata pelajaran Sains kerana berfikiran ianya amat susah dan tidak menarik.

“Namun, dengan pendekatan baharu di mana pembelajaran bukan hanya bergantung kepada buku teks semata-mata, sebalik­nya lebih kepada pembangunan modal insan, mereka jadi suka dan mula fokus di dalam kelas,” kata­nya ketika ditemui di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

SJKT Kangkar Pulai merupakan salah sebuah daripada 83 buah Sekolah Amanah di negara ini yang diterajui Yayasan AMIR iaitu sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Gomathy berkata, sejak dilantik sebagai guru penasihat untuk program Sekolah Amanah berkata, dia telah diberi peluang untuk melihat sendiri kaedah pembelajaran abad ke-21 yang diterapkan di sekolah-sekolah antarabangsa di dalam dan luar negara.

Ujarnya, kaedah pembelajaran di sana bukan sahaja bermatlamat melahirkan pelajar cemerlang da­lam bidang akademik, malah me­lahirkan modal insan yang cemerlang dan berinovasi tinggi.

“Di sana (sekolah antarabang­sa), para pelajarnya dilatih de­ngan pembelajaran kendiri, kemahiran memimpin, berfikir di luar kotak, menganalisa dan menyelesaikan masalah secara berkumpulan ser­ta kaedah berkomunikasi yang ber­kesan.

“Bukan itu sahaja, guru di sana hanya mengajar selama lima minit, manakala waktu pengajaran selebihnya dikendalikan sendiri oleh para pelajar menerusi pembentangan kertas kerja dan sebagainya,” katanya.

Menurut Gomathy, segala pe­ngalaman yang diperoleh di sekolah antarabangsa diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya sehingga kini.

“Sebagai contoh, saya menghasilkan sendiri kad role play di mana di dalam sebuah kumpulan, setiap ahlinya memainkan peranan masing-masing apabila sesuatu tugasan diberikan.

“Dari situ, semua pelajar akan mengambil bahagian dan tiada pelajar akan tersisih. Dari situ saya dapat menilai mana pelajar yang aktif dan juga yang pasif. Pelajar yang pasif itu kemudian kita akan bimbing dan beri perhatian yang lebih,” katanya.

Gomathy berkata, program Sekolah Amanah telah banyak memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar malah kepada seluruh warga pendidik dan sekolah yang terlibat dalam program berkenaan.

Ia terbukti apabila Gomathy yang sedang melanjutkan pengajian ijazah doktor falsafah (PhD) dari sebuah kolej swasta di sini telah menerima lebih 100 sijil penghargaan dan anugerah sejak bergelar guru pada 1997.

Antara anugerah yang diterima oleh anak kelahiran Simpang Renggam itu adalah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 2004, 2008 dan 2014; Anugerah Guru Inovatif 2015 dan juga Anugerah Ikon Guru SJKT Negeri Johor 2017.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain