Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PIBG perlu cekap bantu sekolah

ZAHIDA ZARIK KHAN (barisan ketiga, tengah) dan Md. Nasir Ibrahim (barisan ketiga, empat dari kiri) b
ZAHIDA ZARIK KHAN (barisan ketiga, tengah) dan Md. Nasir Ibrahim (barisan ketiga, empat dari kiri) bersama-sama sebahagian penerima sumbangan beg sekolah YPM sempena Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30 SK (1) Selayang Baru, Selangor, baru-baru ini.

Kepimpinan dan pentadbiran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang cekap dan profesional akan dapat membantu pihak sekolah memajukan pendidikan anak-anak di sekolah.

Timbalan Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Datuk Zahida Zarik Khan berkata, kekuatan persefahaman dan kerjasama di dalam dan di luar sekolah khususnya antara PIBG dan sekolah perlu sentiasa dipertingkat.

“Hal ini kerana penglibatan ibu bapa secara berterusan amat diperlukan bagi membolehkan perkembangan semasa anak-anak diikuti dengan lebih dekat,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30 Sekolah Kebangsaan (1) Selayang Baru, Selangor, baru-baru ini.

Hadir sama, Penyelaras Pembangunan Persekutuan Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Templer, Datuk Ir. Md. Nasir Ibrahim; Yang Dipertua PIBG SK (1) Selayang Baru, Mohd. Riduan Jamaludin dan Guru Besar, Abu Hassan Ab. Majid.

Dalam majlis itu, Zahida turut menyerahkan sumbangan 100 beg sekolah YPM kepada murid kurang berkemampuan dalam usaha membantu mengurangkan bebanan mereka.

Sementara itu, Abu Hassan berkata, dalam apa juga keadaan PIBG perlu berpadu tenaga, idea dan material untuk meneruskan agenda sekolah bagi merealisasikan impian guru cemerlang, murid terbilang dan sekolah gemilang dengan ikhlas.

“Ibu bapa dan guru perlu be­kerjasama dalam memainkan peranan mengikut keperluan yang digariskan dalam Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi melahirkan murid yang berkualiti serta memiliki sahsiah tinggi seterusnya mewujudkan pendidikan berkualiti di sekolah,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain