JASIN - 04 September 2014 - Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah sempena Karnival Kelab Pembinaan CIDB di Politenknik Merlimau, Jasin, Melaka di sini semalam. Gambar Gaie Uchel / Berita : Norliza Mohamad Zakaria

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah (gambar) berkata, usaha itu penting kerana pendedahan pada peringkat usia mereka boleh membantu negara menghasilkan lebih banyak modal insan dalam bidang itu pada masa depan.

Menurutnya, ia bertepatan dengan usaha kerajaan untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang IT dan keusahawanan dengan menarik minat pelajar sejak di bangku sekolah lagi.

“Kerajaan sentiasa memberi penekanan terhadap usaha untuk mengupaya modal insan dalam bidang IT serta keusahawanan menerusi pelbagai inisiatif.

“Ini termasuk pengumuman pada Bajet 2015 baru-baru ini, tentang penubuhan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya yang bertujuan untuk untuk merancakkan lagi kegiatan keusahawanan di Negara,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutup program [email protected] Perdana Selatan 2014 anjuran Sekretariat Sekolah Universiti Multimedia (MMU) di Bukit Beruang, di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama, Naib Presiden MMU, Prof. Dr. Heng Swee Huay; Pengarah Kampus MMU Melaka, Zamzuri Abdul Majid dan Pengarah Sekretariat program, Mohd. Haikal Kabir Munawar Kabir.

Abu Bakar berkata, pihaknya berbangga dengan usaha murni pihak MMU dalam usaha memperluaskan kemahiran dan ilmu teknologi maklumat serta keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah peringkat menengah di Malaysia.

Katanya, selain membina hubungan dua hala antara institut pengajian tinggi (IPT) dengan sekolah, program ini juga dapat membentuk budaya kepimpinan dalam kalangan siswa dan siswazah.

“Pada masa sama, program ini juga dapat memperlihatkan kerjasama yang erat antara MMU dengan Kementerian Pendidikan dan syarikat-syarikat peneraju teknologi terkemuka di dunia,” jelasnya.

Program selama tiga hari itu disertai seramai 500 pelajar dari empat buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato Haji Sail, Rembau Negeri Sembilan, SMKA Agama Maahad, Muar, Johor serta Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd. Zin dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Ya'akub dari Melaka.

Pada program itu, para peserta dapat mempelajari ilmu seperti modul asas teknologi kejuruteraan dan perisian 'Embedded System' dengan kerjasama syarikat 'Dreamcatcher Asia', modul 'Code For Malaysia' oleh pihak Microsoft Malaysia dan modul perisian 'Adobe Photoshop' oleh MMU.

Program [email protected] itu berjaya memberi peluang kepada para peserta yang hadir untuk melihat dengan lebih dekat peranan dan kepakaran MMU secara tidak langsung boleh memberi maklumat tentang kursus dan bidang yang mereka minati di peringkat pengajian tinggi pada masa depan.