Sehubungan itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah de­ngan kerjasama Persatuan Alumni Jejak Cemerlang telah mengadakan majlis di sebuah hotel di sini baru-baru ini khusus untuk 130 pelajar terbabit memohon maaf dan restu daripada guru-guru supaya menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan sebelum ini.

Dalam majlis tersebut juga, pelajar dan ibu bapa yang hadir turut dibekalkan dengan motivasi yang disampaikan oleh bekas pelajar SMSTMFP tahun 1987-1991, Ismadi Ismail yang juga Pe­ngurus Besar Portfolio Perniagaan Hiliran Petronas.

Yang turut hadir, Presiden Alumni SMSTMFP, Datuk Dr. Mohd. Kaisan Ab. Rahman dan Yang Dipertua PIBG, Hasnan Abdullah.

Sementara itu, Pengetua SMST­MFP, Mohd. Razuki Sulaiman semasa be­r­ucap dalam majlis itu berkata, walaupun mereka merupakan pelajar sekolah berasrama penuh namun usaha masih perlu diteruskan bagi mendapat kejayaan cemerlang.

“Mereka didedahkan pelbagai il­mu pe­ngetahuan dan pembe­lajaran bagi menghadapi pepe­rik­saan tersebut te­tapi restu guru amat penting,” kata­nya.

Mohd. Razuki berkata, semua pihak juga turut bekerjasama da­lam membantu melengkapkan pe­lajar terlibat untuk menempuh peperiksaan itu.