Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, hasil kerja peserta-peserta pada Mulvec Siri 1 berupaya mengetengahkan kejayaan serta perkembangan terkini kementerian.

“Penceritaan tentang keprihatinan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap peminjam-peminjamnya serta kempen #bolehbincang oleh peserta misalnya dilihat sebagai medium yang baik dalam menyedarkan masyarakat.



“Selain isu PTPTN, kita ada juga bercakap tentang Pengkreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) iaitu bagaimana untuk belajar bagi mereka yang berpengalaman bekerja dan sebagainya,” katanya selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Mulvec Siri 1 di sini hari ini.

Pemenang utama, Kumpulan EZ daripada Universiti Islam Antarabangsa menggunakan tema Bayaran Balik PTPTN membawa pulang RM 10,000 , tempat kedua wang tunai RM5,000 dimenangai oleh kumpulan Tuan Ladang Production daripada Universiti Utara Malaysia dengan tema Skim Simpanan Nasional (SSPN-i).

Tempat ketiga pula adalah dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) dengan tema PTPTN membawa pulang RM3,000. Sebanyak 10 kumpulan lain menerima hadiah saguhati berupa wang tunai RM1,000.


Idris berkata, menerusi Mulvec pelajar akan memahami tentang program-program dilaksanakan oleh kementerian dengan lebih mendalam dan seterusnya menyampaikan pemahaman mereka itu kepada lebih banyak anggota masyarakat.


Menurutnya, penyertaan pertandingan ini juga dibuka kepada pelajar-pelajar institusi pendidikan tinggi swasta dimana Siri 1 adalah permulaan untuk melihat bagaimana sambutan pertandingan ini.

“Kami menjangkakan pada Siri 2 nanti penyertaan akan bertambah dengan lebih ramai penyertaan daripada 87 buah institut pengajian tinggi seluruh negara,” katanya. -UTUSAN ONLINE