Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kreativiti sekolah peraga Poster PAK-21 penuhi kriteria penarafan bintang

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang menampal Poster PAK-21 3
Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang menampal Poster PAK-21 dan Utusan Pelajar pada sudut belajar papan kenyaataan sekolah itu di Langkawi, Kedah, baru-baru ini.

SEKOLAH yang menyambut baik program penjenamaan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) oleh Kumpulan Utusan dan Kementerian Pendidikan giat memperagakan poster PAK-21 mengikut kreativiti masing-masing.

Tiga poster yang membawa aspirasi sehati sejiwa itu dibekalkan secara percuma kepada sekolah yang melanggan akhbar pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21, Utusan Pelajar.

Poster ini perlu diperagakan bagi menyemarakkan budaya PAK-21 dan memenuhi satu daripada empat kriteria penarafan bintang sekolah PAK-21.

Tiga kriteria lain penarafan bintang adalah menguruskan bekalan bahan PdPc Utusan Pelajar di pusat sumber sekolah, me­laksanakan Modul 10 Minit dalam perhimpunan mingguan dan melaksanakan pelbagai aktiviti mengikut kreativiti pihak sekolah bagi menyemarakkan program penjenamaan PAK-21 yang digerakkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof sebagai pe­ngasas dan ikonnya.

Pihak sekolah tidak perlu membuat sebarang laporan atau sebarang pengisian data bagi tujuan program penarafan bintang ini tetapi disaran memuat naik gambar atau video ke laman media sosial dengan memasukkan #utusanpelajar atau memaklumkan menerusi e-mel kepada [email protected]

Untuk senarai penuh sekolah dan status penarafan bintang boleh layari www.utusanpelajar.com.my atau hubungi wakil Sekretariat Utusan Pelajar, Fauzi Hamdan (019-5716282).

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain