Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kolej Vokasional Setapak terima sumbangan kenderaan bomba

Abdul Rauf Abdul Kadir (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan
Abdul Rauf Abdul Kadir (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kenderaan bomba kepada Ruslan Zainuddin untuk kegunaan pelajar automotif Kolej Vokasional Setapak di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PELAJAR bidang automotif Kolej Vokasional Setapak berpeluang mendalami pengetahuan berkaitan enjin pacuan empat roda dan motosikal berkuasa tinggi secara hands-on apabila menerima sumbangan lima kenderaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan, baru-baru ini.

Pengarah kolej itu, Ruslan Zainuddin berkata, sumbangan itu dapat membantu meningkatkan mutu dan teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah serta bengkel.

“Pembelajaran enjin kende­raan pacuan empat roda terkan­dung dalam Kurikulum Standard Kolej Vokasional justeru dengan sumbangan ini pelajar memperoleh kemahiran dan pengalaman mengenainya dalam sesi amali,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan sumbangan dua kereta pacuan empat roda Isuzu Trooper, sebuah van Toyota Liteace dan dua buah motosikal berkuasa tinggi 1200 cc yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Kejuruteraan JBPM Wilayah Persekutuan, Abdul Rauf Abdul Kadir di kolej itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Majlis itu turut dihadiri Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kolej Vokasional Setapak, Datuk Badaruddin Nordin.

Walaupun kenderaan yang disumbangkan dalam proses pelupusan, sudah uzur dan tidak lagi berfungsi namun pelajar Bengkel Teknologi Automotif Kolej Vokasional Setapak berjaya membaikinya hingga boleh digunakan di dalam kawasan bengkel.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain