Ketua Pegawai Eksekutif Ko­lej Antarabangsa YPC, Datuk Dr. Noel Robert berkata, dalam kerjasama itu pihaknya menyediakan pelbagai kemudahan pendidikan yang boleh dimanfaatkan oleh sekolah bagi me­nganjurkan aktiviti berbentuk seminar atau bengkel motivasi.

“Kami juga menaja sistem rangkaian komunikasi sekolah ini dengan menyediakan panel media maklumat untuk manfaat pelajar dan guru,” katanya ketika ditemui dalam majlis pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah itu di Ampang, Selangor, baru-baru ini.

Pada masa sama, pelajar sekolah ini yang mendapat pendedahan berterusan mengenai ke­lebihan belajar di Kolej Antara­bangsa YPC akan memilih untuk melanjutkan pengajian di kolej itu.

Dua lepasan SPM SMK Taman Seraya, R. Aishwarya dan Ricky Chou Wen memilih untuk belajar di Kolej Antarabangsa YPC kerana terdapat program pengajian dengan kerjasama Liverpool John Moores University, United Kingdom.

Menurut Noel, dijangka lebih ramai lepasan SPM sekolah ini akan memohon masuk ke Kolej Antarabangsa YPC berdasarkan maklum balas positif sepanjang kerjasama strategik dilaksanakan.