Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Guna teknologi IBS baik pulih sekolah

Sebahagian daripada bangunan asal  Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai 2
Sebahagian daripada bangunan asal Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ladong, Sebuyau, Simunjan, Sarawak sebelum bangunan baharu dibangunkan menggunakan teknologi IBS pada tahun lalu.

PUTRAJAYA 27 Feb. – Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan khusus kepada Sabah dan Sarawak bagi membangunkan semula sekolah daif dan rosak teruk dengan menggunakan teknologi sistem bangunan berindustri (IBS).

Setiausaha Bahagian Pemba­ngunan Pelajaran Kementerian Pendidikan, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, berdasarkan pemantauan pihaknya terdapat banyak sekolah di kedua-dua negeri itu terutama­nya di kawasan pedalaman memerlukan kerja baik pulih semula kerana keadaan bangunannya yang usang dan rosak teruk.

“Sekolah-sekolah di sini akan dibina semula menggunakan teknologi IBS kerana lebih cepat dan menjimatkan kos kerana struktur-struktur bangunan terbabit telah siap dibina dan hanya perlu dipasang di tapak pembinaan.

“Pihak kementerian pernah menggunakan kaedah IBS bagi membina semula bangunan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaaan Tamil (SJKT) Dengkil yang rosak akibat kebakaran kira-kira dua tahun lalu dan hasilnya ba­ngunan baharu ini hanya mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan,” katanya dalam temu bual di sini baru-baru ini.

Menurut Khalid, penggunaan teknologi tersebut turut menarik minat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menca­dangkan supaya kaedah IBS digunakan bagi menggantikan ba­ngunan sekolah yang rosak akibat bencana alam dan sebagainya.

Beliau berkata, secara kese­luruhan terdapat sebanyak 1,174 daripada 1,456 sekolah di Sarawak dikategorikan sebagai daif atau rosak teruk dengan 183 sekolah telah dikenal pasti perlu diganti segera.

Katanya, di Sabah pula seba­nyak 416 daripada 1,290 sekolah telah dikenal pasti dalam ke­­a­da­an daif dan rosak teruk, dengan sebanyak 59 sekolah akan dibaiki segera.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya bercadang membina dan menyiapkan masing-masing sebanyak 30 sekolah daif di Sabah dan Sarawak pada tahun ini.

Menyentuh mengenai kos pembinaan menggunakan IBS, Khalid berkata, bagi membina sebuah bangunan yang mempunyai enam bilik darjah menggunakan kaedah itu, kos sebanyak RM2.1 juta diperlukan berbanding pembinaan menggunakan kaedah konvesional.

Katanya, bagi perancangan masa depan pihaknya bercadang untuk membina sebuah blok asrama dan kuarters guru selain bangunan sekolah terutamanya di kawasan pedalaman bagi kemudahan guru dan pelajar.

“Kita mendapat banyak maklum balas daripada pelajar yang terpaksa bergerak seawal pukul 3 pagi setiap hari dan berjalan jauh untuk sampai ke sekolah.

“Aduan turut diterima daripada guru yang sukar mendapat tempat tinggal selesa di kawasan luar bandar dan bagi mengatasi masalah ini kementerian akan mencadangkan supaya kuarters guru dan asrama pelajar turut dibina dalam kawasan sekolah,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain