MRSM Sultan Azlan Shah dinamakan sempena nama ayahanda baginda yang juga Sultan Perak ke-34, Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah.

MRSM tersebut adalah MRSM kelapan di negeri Perak dan dibina di kawasan seluas 20.2 hektar di Liman Kati, kira-kira 15 kilo­me­ter dari bandar Kuala Kangsar.

MRSM Sultan Azlan Shah mula beroperasi pada 6 Julai 2015 dan setakat ini mempunyai 725 pelajar.

Setakat ini terdapat seba­nyak 52 MRSM di seluruh negara bermula dengan MRSM Seremban yang ditubuhkan pada 1972 yang bertujuan memperluaskan lagi penyertaan orang Melayu dalam bidang sains, teknologi, pengurusan dan kerjaya.

Turut berangkat pada majlis tersebut ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah serta Raja Dihilir Pe­rak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.