Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Cadang wujud sekolah sukan baharu di Kedah

KULIM 4 Mac – Kementerian Pendidikan berhasrat mewujudkan sebuah sekolah sukan di negeri ini ke arah meningkatkan mutu sukan dan agenda pembentukan negara sukan.

MAHDZIR KHALID

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementerian melalui bahagian sukan komited dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet negara yang bakat mereka diasah sejak kecil melalui sekolah sukan berkenaan.

Katanya, kini terdapat lima sekolah sukan iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil di Kuala Lumpur; Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor; Sekolah Sukan Malaysia Sabah di Kota Kinabalu, Sabah; Sekolah Sukan Malaysia Terengganu dan Sekolah Sukan Malaysia Pahang.

“Sekolah sukan di bahagian utara belum ada dan kita bercadang di Kedah. Kementerian tidak berhasrat membina sekolah sukan baharu sebaliknya menaik taraf sekolah sukan negeri yang ada sekarang.

“Kita akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian Kewangan dan Pengarah Pendidikan negeri untuk tindakan lanjut,” kata­nya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Pembangunan Sukan Tenis Kebangsaan anjuran kementerian dengan Persatuan Tenis Malaysia dan Majlis Sukan Negara di Sekolah Mene­ngah Kebangsaan Taman Jelutong di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Azmi Lateh; Pengarah Bahagian Sukan kementerian berkenaan, Dr. Mehander Singh dan Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Azuyah Hassan.

Mengulas lanjut kata Mahdzir, kementerian juga memberi tumpuan khusus kepada 24 jenis sukan seperti tenis, golf, bola sepak dan olahraga.

Menyentuh tentang Dasar 1Murid 1Sukan katanya, program itu sedikit sebanyak menunjukkan impak positif dalam kalangan pelajar.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain