Program yang diadakan di Dataran Budaya SMKG Geting itu disempurnakan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Tumpat, Dr. Faizan Ghazali dan serentak dengan itu melancarkan sudut info denggi sekolah berkenaan.

Program itu juga sebagai usaha memperkasakan pelajar mengenai langkah yang perlu diambil dalam mengatasi ancaman denggi selain menjadi ‘duta’ berpengaruh di dalam komuniti.

Pelbagai pengisian dijalankan sepanjang acara itu antaranya dikir barat, sketsa, pameran dan ceramah denggi, sajak, tarian, gotong-royong, kuiz dan pidato patrol denggi. - UTUSAN ONLINE