Majlis anjuran pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Bukit Teratai itu diadakan bagi menghulurkan sumbangan kepada murid-murid yang memerlukan.

Majlis turut dihadiri Guru Besar SK Taman Bukit Teratai, Romzi Mohd. Ali dan Yang Dipertua PIBG, Nor Diana Othman. - UTUSAN ONLINE