Mereka yang menyertai kem anjuran Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang itu merupakan pelajar tingkatan tiga dari lima sekolah sekitar daerah ini yang mempunyai kelas aliran agama.

Antara sekolah yang terlibat dalam program selama dua hari bermula semalam itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota Puteri 2, SMK Permas Jaya, SMK Pasir Gudang, SMK Kota Masai 2 dan SMK Taman Daya 2.

Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang, Jasni Omar berkata, tujuan kem berkenaan bagi melahirkan generasi muda mempunyai keperibadian diri yang tinggi.

Diharap juga katanya, dapat memantapkan sahsiah pelajar kelas aliran agama seterusnya mampu menjadi contoh dan ikutan pelajar sekolah lain.

“Kem itu merupakan antara usaha pihak kami membentuk in­dividu muslim cemerlang yang sentiasa mengamalkan gaya hidup berlandas al-Quran dan sunnah.

“Peserta kem juga dididik untuk memiliki ketahanan mental, fizikal dan kerohanian yang mantap dalam menghadapi saingan pada masa depan,” katanya.

Kem tersebut disempurnakan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Normala Abdul Samad.