kesediaan yang tiada tandingan

keberadaan yang tiada bandingan

Terhimpun ribuan rasa

terus setia mendengar setiap bicara

keluh kesah tawa rajuk marah benci

sedih kecewa hampa terluka

mendampingiku walau apa jua rintangan.

Kisahku penuh duka lara

telah kau tepis jauh agar kuterus ceria

katamu, biar ia berlalu

akulah surimu yang terpahat dihatimu

katamu lagi, lihatlah

lima kuntum kelopak cinta

kembang mekar berseri mewangi

mengharum menghiasi taman kasih ini

biar berputik zaman-berzaman

kuseka air mata,

sungguh! aku bertuah dan bahagia.

Wahai suamiku, Sul kardi Ambo Awe

asalmu negeri di bawah bayu

menyahut cinta tahun 1998 di tanah beradat Negeri Sembilan

pada bulan mulia ini, kulafazkan

Selamat hari lahir,

semoga dalam sejahtera sentiasa,

dilimpahi kebaikan dunia akhirat.

Selamat hari bapa,

terima kasih menjadi bapa kepada zuriat-zuriatku

Selamat hari raya,

terima kasih kerana akulah suri yang mengucup tanganmu penuh kasih sayang,

kerana di situ terhimpun rezeki dan syurgaku dan zuriat-zuriatku.

Juarina Hassan

Negeri Sembilan