Saiz cuma sebesar huma

Tengok susah nampak

Merayap sana sini

Lantas hilang dari pandangan

Kata mereka Aku kecil

Mana bisa menanggung beban

Mahu jadi seperti apa?

Tikus bertelinga gajah?

Diheret-heret sahaja telinga itu

Nak dibawa lari tak mampu

Inikan pula nak dibawa seperti biasa

Ah, memang tidak mungkinlah!

Kata mereka

Aku kecil

Di mata mereka

Aku lemah

Aku tak berdaya

Sebenarnya

Dari mana mereka melihat itu?

Kecilku bukan bererti lemah

Kecilku bukan bererti tak berdaya

Kecilku tak bererti aku tidak layak berada di atas

Kecilku tak bererti aku seharusnya ditindas

Kecilku tidak menyusahkan sesiapa

Kecilku tidak meminta apa-apa

Kecilku tidak meminta empati dan simpati mereka

Kecilku membuatku berdikari

Kecilku memberi aku hidup bererti

Kata bonda

Kecilku

Kecil istimewa

Biar kecil di mata mereka

Janji besar di mata dunia

Teruskan berjuang sikecilku

ABDUL MUTALIB ABU BAKAR

jeniang, kedah darul aman