“Nava, cantiknya rambut kau.” Dia tersenyum. Aku juga tersenyum. Aku enggan mempercayai kata-katanya. Barangkali bagiku itu semua hanyalah dusta. Namun jauh di dasar hatiku, aku tahu dia maksudkannya. Seketika, kami duduk dibangunan itu. Bangunan itu masih berdiri teguh hingga sekarang. hanya terdapat beberapa hiasan ditambah untuk menampakkannya kelihatan jauh lebih cantik. Tempat itu menyimpan banyak kenangan. Tempat itu istimewah dihatiku.

Disanalah kami sering berlegar-legar sebelum masuk waktu bekerja. Aku masih ingat waktu pertama kali kami berkenalan. Masih segar dalam ingatanku. Dia mengukir senyuman manisnya.

“Aku terasa macam nak tendang kau.” Aku tertawa. Kata-kata itu kedengaran lucu dikuping telingaku. Sejak itulah kami menjadi rapat. Masih jelas kedengaran tawa mesranya. Tawa yang menggamit jiwaku. Dalam tak sedar, air mata jatuh membasahi pipi. Aku beredar dari pantai. Cukuplah untuk hari ini.

***

Kesejukkan malam mulai dirasai. Bunyi bising jiran sebelah berparti mengganggu lelapku. Akhirnya aku duduk di bucu katil. Mataku tidak mahu lelap lagi. Masaku bersendirian aku habiskan dengan mengimbau kenanganku bersamanya.

Masihku ingat pagi itu, kami berjalan seiringan.

“Aku nak jumpa saudara aku kejap ye. Kau tunggu tau.” Kataku sambil memandangnya.

“Baiklah, Nava.” Dia tersenyum lagi. Begitulah dia. Mudah tersenyum dan selalu akur. Dia sentiasa ada saat aku perlukan teman untuk bicara. Masihku ingat ketika aku sakit disebabkan aku lambat makan tengahari. Dialah yang menawarkan diri berlari dari tingkat satu ke tingkat empat untuk mengambil ubat yang ada di lokermilikku.

“Nava, makanlah ubat kau. Aku dah bawa.” Dia menghulurkan ubat itu. Aku menyambutnya. Dia jugalah yang membelikanku air. Aku tersenyum mengingatkan dia. Dia orang yang baik. Aku sentiasa mendoakan dia.

***

“Nava, bangun! Dah siang lah. Kau tak pergi kerja ke?” roommateku Hana mengejutkan aku dari tidur. Aku cuba untuk membuka mata. Terasa begitu payah sekali. Seakan mataku tidak mahu terbuka.

“Nava, bangunlah! Nanti kau lambat madam marah tau.” Sebaik sahaja mendengar perkataan ‘madam’ keluar dari mulut Hana, aku bingkas bangun. Aku tahu akibatnya jika aku terlambat masuk kerja. Pastinya telingaku akan dicuci sampai bersih.

Masa mandiku tidaklah terlalu lama. Aku tidak memakai segala wangi-wangian yang bermacam jenis sebagaimana perempuan-perempuan cantik. Aku hanyalah perempuan biasa-biasa yang pada asalnya dari kampung berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki. Selesai mandi, aku lantas mengenakan pakaian kerjaku. Mujurlah ada Hana mengejutkan aku dari mimpi lenaku. Aku mengerling jam ditangan. Masih berbaki sejam untuk aku masuk kerja. Aku melihat diriku dicermin.

Rambutku yang panjang, aku ikat dengan kemas. Kadang-kadang aku hanya biarkannya berlepas tanpa ikatan. Lebih selesa begitu. Aku lantas memakai kasut yang biasa aku pakai semasa kerja. Kasut itu aku beli ditempat kerjaku sendiri.

Aku tiba di tempat kerja tepat jam 8.30 pagi. Aku sepatutnya punch card pada jam 8:45 pagi. Beginilah aku setelah ketiadaan dia. Aku mengerling punch card yang terletak bersebelahan dengan punch cardku. Hatiku terasa sebak.

Ketiadaannya, tidak biasa bagiku. Selalunya, kami akan masuk kerja bersama-sama. Tatkala ini, aku merasa kosong. Kosong tanpa kehadirannya. Kosong tanpa tawa mesranya. Segalanya kosong tanpanya. Dadaku terasa sakit. Aku cuba sedaya upaya menahan air mata ini daripada mengalir. Aku segera beredar dan turun ketempat dimana aku bekerja. Di tingkat satu.

“Hai Nava. Good morning.” Teman kerjaku, Jessica menegur sambil tersenyum manis. Dia sememangnya sangat manis orangnya. Tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah. Sederhana.

“Good morning too, Jessica.” Aku membalas senyumannya dengan mesra. Aku segera membuat kerjaku yang tertangguh sejak dari kelmarin. Untuk seketika, mataku mengerling seorang remaja perempuan yang kira-kira lebih muda 2-3 tahun dariku. Dia memakai baju sekolah. Datang seorang wanita menghampirinya. Remaja perempuan itu lantas mengeluarkan sekeping kertas dari dalam begnya. Wanita itu yang aku kira ibunya, melihat dengan penuh tekun akan kertas tersebut.

Tidak lama kemudian, dia tersenyum. Mungkin kertas itu adalah slip keputusan SPM. Almaklumlah, bulan Mac merupakan bulan keputusan SPM diumumkan. Sekali lagi, aku terimbas kenangan bersamanya. Waktu itu, aku baru sahaja balik daripada kampung untuk mengambil keputusan SPM. Aku hanya berjaya mendapat 1A sahaja.

“Hebatnya kau, Nava. Dulu masa SPM, aku takde A. Mungkin sebab aku datang lambat jadi A dah habis kena bolot oleh pelajar lain.” Dia bergurau sambil tertawa. Aku juga tertawa mendengar lawaknya yang tidak masuk dek akal.

“Aku tak hebatlah. Orang hebat dapat straight A tau.” Aku menjawab. Dia memandangku.

“Kau sepatutnya bersyukur tau. Bukan senang nak dapat A walaupun satu.” Aku terdiam seketika. Benar juga apa yang dikatakannya. Aku sedar aku khilaf dan tidak bersyukur. Dia banyak mengajar aku tentang kehidupan. Wajahnya yang lembut sentiasa indah pada tatapan mata. Rambutnya yang lurus sesekali terbang ditiup angin. Kami bercerita di sepanjang jalan hinggalah sampai ke destinasi yang dituju. Terasa indah saat itu. Begitu cepat masa berlalu.

Lamunanku terhenti apabila rakan sekerjaku, Shirley menegur.

“Nava, kau dah sampai Korea ke tu?” Aku mengurut dada. Terkejut dengan sergahan Shirley yang datang entah dari mana.

“Kau ni, tak boleh tegur baik-baik ke?” Dadaku masih berdegup kencang kerana kejutan tadi. Shirley ketawa.

“Aku dah tegur dari tadi tau. Apa yang kau khayalkan tu?” Shirley masih ketawa kecil. Aku tahu, dia tidak tahu yang aku masih memikirkan seseorang itu. Seseorang yang pernah bertakhta dihati ini.

“Kau pergi kerja sana. Kacau je lah.” Aku kembali meneruskan kerja. Dia tertawa lalu berjalan. Aku mengeluh kecil. Ya, sejak ketiadaannya, aku sering kali mengeluh. Tak pernah walau sekali aku berhenti mengenangnya.

***

Masa resttiba akhirnya. Aku sudah berjanji akan keluar membeli makanan bersama Hana. Setelah terlihat kelibat Hana, aku lantas menghampirinya lalu kami berjalan ke tempat biasa kami membeli makanan. Seperti biasa kami bercerita sambil tertawa bersama. Aku terlupa sebentar tentangnya. Hampir setengah jam kami bercerita. Sekiranya dihimpunkan segala cerita-cerita yang sudah kami kongsi bersama, barangkali sudah melebihi sejuta cerita. Berteman dengannya, aku merasa gembira. Aku bahkan terlupa sejenak tentang kekosongan yang aku pendam semenjak kepergiannya.

Jam ditangan menunjukkan waktu restsudah hampir tamat. Kami bergegas menghabiskan baki makanan yang tersisa.

“Nanti tunggu aku tau. Kita balik sama-sama.” Hana menepuk bahuku. Aku tertawa.

“Tahulah. Takkan aku nak balik sorang-sorang.” Hana tertawa. Hana seorang yang periang dan mudah tersenyum. Dia terkenal dengan perangainya yang peramah dan disenangi oleh banyak orang.

Setibanya ditempat kerja, seperti biasa aku akan membeli minuman Oligo kegemaranku. Seperti terdengar-dengar suaranya sedang tertawa. Aku masih ingat waktu itu. Kami berjalan bersama-sama selepas waktu restdan seperti biasa, aku mencapai minuman Oligo lalu berjalan ke kaunter pembayaran. Dia memandangku dan tertawa.

“Nava, kau tak bosan ke asyik minum Oligo ni?” Aku tertawa. Di tempat kerjaku, aku kadang-kadang diberi nama jolokan iaitu Oligo kerana aku merupakan antara pembeli tetap minuman Oligo.

“Tak. Nanti kau belanja aku minum Oligo tau.” Aku tertawa.

Esoknya, dia datang dengan membawa minuman Oligo. Aku sendiri terkejut. Aku hanya bergurau tetapi dia menganggapnya serius.

“Kau nak aku bayar ke ni?” Tanyaku dengan senyuman lebar kerana minuman Oligo kegemaranku kini sudah dalam genggaman.

“Eh, tak payahlah. Aku ikhlas ni.” Katanya sambil tersenyum mesra. Masih terbayang dalam ingatanku bagaimana manis senyumannya waktu itu. Senyumannya yang ikhlas. Senyumannya yang bagaikan mentari menerangi kegelapan. Itulah kali pertama dan terakhir dia membelikan aku minuman Oligo.

Aku memandang tin Oligo dihadapanku dengan pandangan kosong. Sekalipun minuman itu telah habis kuteguk, namun sedikitpun kenangan bersamanya takkan terpadam.

***

Hari ini merupakan hari cutiku. Aku ingin menghabiskan masa seharian di rumah. Hana sudah lama ke tempat kerjanya. Disaat-saat seperti inilah aku akan teringatkannya. Aku teringat aku pernah bertanya kepadanya.

“Macam mana kalau aku mati awal?” Aku tertawa kecil. Dia menjelingku.

“Kau jangan cakap bukan-bukanlah, Nava. aku tumbuk juga mulut kau nanti.” Aku ketawa. Dia kelihatan lucu apabila marah sedemikian rupa.

“Eh, marahnya kau ni. Aku tanya je lah.” Aku masih ketawa. Dia hanya memandangku dengan serius.

“Dah, kau jangan tanya yang bukan-bukan. Aku lempang kau nanti baru padan dengan muka kau.” Aku tertawa lagi. Lucu rasanya. Aku hanya bergurau, dia tiba-tiba menjadi serius. Walhal, tidak pernah sekalipun aku melihat dia serius seperti itu.

Di luar, hujan lebat turun membasahi bumi. Meskipun suara hujan kedengaran diluar, namun entah kenapa aku merasa sungguh sepi dan sunyi sekali. Bagai ada yang hilang namun aku tak menjumpainya bahkan aku tidak tahu apakah yang hilang itu. Hatiku sakit. Bagai tertusuk duri rasanya. Sekali lagi aku teringatkannya. Dahulu, sekiranya cuti, kami pasti akan berlegar-legar dibangunan itu. Bukan untuk membeli barang, cukup sekadar menenangkan fikiran yang sempit

kerana kerja. Sesekali, kami akan membuat perangai bagai orang tidak waras di hadapan CCTV seperti menari dan membuat muka hodoh. Sekiranya dikenang kembali, terasa lucu. Tapi itu dulu. Saat dia ada disini. Saat dia masih bersamaku di sini. Saat kami masih berada ditempat yang sama. Kenangan bersamanya tidak pernah terpadam. Meskipun terkadang aku berdoa agar apabila aku bangun keesokkan harinya, aku akan lupa tentangnya. Hari-hari tanpanya sangat tidak biasa. Rinduku padanya terasa bagai racun yang membunuh perlahan-lahan. Tatkala rindu itu datang menjelma, sunyi. Sepi kurasakan tanpa gelak tawanya, tanpa telatah lucunya. Terasa sesak didadaku. Adakah dia juga merinduiku sepertimana aku yang sentiasa merinduinya?

***

Seharian di tempat kerja membuatkan badanku terasa lemas. Hari ini merupakan hari full-timeaku bekerja iaitu daripada pagi hingga malam. Oleh itu, malam ini aku akan menaiki bas syarikat untuk pulang ke rumah. Aku bersama dengan Hana yang juga full-time hari ini.

“Kita akan lalu jalan jauh malam ni sebab pak cik ada penumpang dari tempat lain malam ni.” Kata-kata pak cik drivermembuatkan jantungku hampir berhenti berdenyut. Sesungguhnya, tempat itulah yang aku cuba untuk elakkan. Ah, terasa bagai tercabut jantung ini.

Setelah lama, akhirnya kami tiba dilaluan itu. Entah kenapa mataku automatik memandang tempat itu. Ya, itulah tempat kemalangan itu. Disanalah tempat terakhir dia menghempuskan nafasnya. Tempat itulah tempat terakhir dia hidup sebagai manusia dimuka bumi ini. Dalam tak sedar, aku menangis teresak-esak. Sangat sakit rasanya. Hana lantas menenangkanku. Dia menepuk belakangku. Untuk seketika, semuanya kelihatan gelap gelita.

“Nava, aku pergi dulu ya. Kau ada apa-apa nak kirim tak?” Dia disitu. Masih tersenyum dengan senyuman yang sama manisnya.

“Aku nak minum Oligo lah. Belanja ya.” Dia tertawa. Namun aku lihat kesedihan terpancar diwajahnya. Ada genangan air ditubir matanya. Dia tersenyum namun entah kenapa dia bagai terlihat sedih.

“Tapi aku dah tak balik lagilah Nava. Kau jaga diri ya.” Dia menapak sedikit kebelakang.

“Kenapa? Kau nak pergi mana?” Aku mulai merasa tidak sedap hati.

“Aku nak pergi bercutilah Nava. Aku penat asyik kerja je.” Dia tersenyum lagi. Kali ini aku tidak melontarkan apa-apa soalan lagi. Aku hanya mengangguk.

“Aku pergi dulu, Nava. Ingat tau pesan aku. Jaga diri.” Dia tersenyum. Kali ini senyumannya menampakkan kegembiraan. Senyuman yang ikhlas namun penuh makna yang aku sendiri tidak dapat mentafsirkannya. Dia melambai dan menoleh kebelakang lalu berjalan. Aku berteriak memanggil namanya namun dia langsung tidak menoleh.

***

“Nava! Bangun.” Aku membuka mata tatkala terdengar teriakan Hana. Tiada lagi bayangannya. Tiada lagi senyuman manisnya. Tiada lagi tawa mesranya. Air mataku mengalir. Hana lantas mendapatkan aku.

“Nava, dahlah tu. Tak baikkan menangisi orang yang dah takde. Aku yakin, dia pun tak nak tengok kau sedih macam ni. Dia dah bahagia disana.” Kata-kata itu membuatkan air mataku semakin mengalir. Hana memelukku lalu menepuk-nepuk

belakangku.

“Jomlah, kita pergi lawat dia. Aku tahu kau rindu dia tapi kau pendam. Dah, kau pergi siap cepat kita lawat dia.” Hana memujukku. Aku lantas berdiri dan bersiap.

Berada di hadapan kuburnya membuatkan hatiku bertambah hiba. Siapa tahu akhirnya dia yang pergi dahulu. Aku sentiasa menyangka bahawa antara kami, akulah yang akan pergi dahulu. Tetapi akhirnya… aku memegang batu yang tertera namanya.

‘Aku datang ni. Aku rindukan kau. Hari-hari aku takkan sama lagi selepas kau pergi. Makanku takkan sedap seperti masa kau ada. Air yang aku teguk takkan manis seperti masa kau disini dengan aku. Semalam aku mimpikan kau. Kau kata kau nak bercuti. Aku faham. Semoga percutian kau yang panjang ini akan membuatkan kau bahagia. Aku minta maaf aku tak dapat lupakan kenangan kita bersama walaupun hingga hari ini. Aku akan sentiasa doakan kau. Semoga kau sentiasa bahagia disana.’

Air mata ini tak tertahan. Dia teman terbaikku. Aku takkan menjumpai teman sepertinya lagi. Mungkin kata orang yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Namun, hilangnya dia takkan terganti. Dia akan sentiasa ada dihati ini walau tak terlihatkan.