“Apa yang aki marahkan ni,?” sapaku.Aki mendengus malas.Raut wajahnya masih berkumal sebal.Aki memang perengus orangnya.Pantang yang ada buat kacau, rasa meluat di hatinya bercambah.

“Orang tak mahu ambil duit aki, duit kita dah tak laku!” rungutnya. Aku tak faham apa yang Aki maksudkan. Setahu aku takada apa-apa pun yang berlaku ke atas mata wang negara kita.Aku bersopan bertanya duduk perkara sebenarnya.

“Aki nak parking tadi, unjuk duit RM2, tak mahu diambilnya. Malah disuruhnya aki tekan butang apa entah, baharu palang sekatan itu naik, huh!” La, kisahnya! Baharulah aku tahu kenapa aki marah sangat balik tadi.Dia nak masuk parkir pasar raya tapi tak boleh.

“Bukankah dulu budak jaga tu mari ambil duit kat kita. Ni duduk sahaja dalam pondok tu, pemalas!” kecam aki lagi.Aku tak menjawab ketika aki sedang marah, senyum sahajalah dalam hati.Memang dulu-dulu ketika aki bawa kami ke pekan, macam tulah kaedah masuk parkir.

“Dia bukan tak ambil duit aki, sekarang guna sistem lain,” aku cuba memberi penjelasan.

“Lepas tu dia suruh aki ambil pula kertas kecil.Orang nak bagi duit, dia pula yang bagi kertas!” leterannya berterusan.Aku faham, rupanya aki marah dengan sistem parkir sekarang.

“Aki ingat free, rupanya masa keluar dia nak balik kertas tu, pekejadahnya!” lagi-lagi aki mendengus.“Dia ambil pula duit aki!”Aku hantar senyum sahaja kepada rungutan aki itu.

“Dah, berapa aki kena bayar?” aku cuba menduga.

“Seringgit lima kupang.” aki acuh tak acuh.

Aku terangkan kepadanya kaedah parkir sekarang. Kalau dulu dua tiga orang budak diperlukan, sekarang tak. Kadang suara sahaja kedengaran, orangnya tak nampak pun.

“Siapa yang kata duit kita tak laku? Tenguk aki bayar masa keluar, dia terima kan. Lebih murah daripada biasa.Sekarang kos boleh diturunkan,” aku menjelaskan duduk perkara.

Ala, leceh gitu, bagi kertas kecil bagai,” aki masih berdalih.Dia tidak faham kertas itu digunakan untuk mencatat masa pemandu masuk dan keluar.Jadi caj yang dikenakan bergantung lama mana kita berada di parkir.

“Berapa lama aki parking tadi?”

“Aki mana tahu, tak kisahlah. Asal sekali masuk bayar RM2, kan senang.”

“Dengan sistem digital ini, masa masuk dan keluar dicatatkan. Sebab itu aki bayarseringgit lima kupang sahaja. Macam dulu, sekejap pun kira dua ringgit.Mana lagi untung?”Aku ajak aki berfikir sejenak.Aku lihat dia terkulat-kulat juga dengar soalan KBAT tahap minima daripadaku.

“Alah, lima kupang kira apa sangat,” sanggahaki seraya meninggalkanku.

ii

Tergelak seorang-seorang Aki melihat keletah cucu bongsu beraksi di layar telefonnya.Aplikasi videocall antara aki dengan Pak Ngah Zulhid, nun jauh di Rusia sedang berlangsung.Nampak seronok pula aki bermain-main telefon pintar hadiah hari jadinya yang ke-60.

“Dah lama ni ayah,” pak ngah mohon diri.. Waktu di sana ketika itu menunjukkan angka 22 GMT.

“Alah, sekali-sekali, tak apalah. Ayah tak puas lagi tenguk gelagat Iman,” dalih aki sambil menjenguk ke luar yang masih cerah. Memanglah masa di Malaysia tak sama dengan di sana.

Aku jeling-jeling kelibat aki di kerusi malasnya.Sejak dua bulan ini ralit benar dia dengan telefon pintarnya itu.Hari-hari dia belek. Kejap-kejap telefon pak long di Jitra. Kejap-kejap ubah hala pula telefon mak usu di Melbourne.Kemudian buka medsos WhatsApp membalas mesej rakan-rakannya yang kian bertambah.

Paling aku geli hati, tatkala melihat aki gelak-gelak sendiri apabila melihat klip video yang ditemuinya secara tidak sengaja.Kemudian senyap sekejap apabila ada video tragedi atau peristiwa menyayat dipaparkan.

Kadang-kadang aku dengar juga ayat-ayat suci al-quran dialunkan daripada perantinya.

Macam-macam variasi lagu dan lajjah bacaan kedengaran.Daripada suara Imam Masjidil Haram hinggalah ke suara qari Nusantara.Sekejap, bertukar pula modulasi bunyi dengkuran aki.

“Ulfa, mari tolong aki kejap!” aku dengar jeritan aki dari luar. Oh, aki sudah jaga rupanya. Aku segera ke depan mendapatkannya. Panggilan aki, kalau tak disahut cepat, seluruh kampung dengar laungannya nanti!

“Ya, aki!”

Aki terkocoh-kocoh mendapatkanku sambil mengunjukkan tab baharunya.

“Ni, tenguk ni, kenapa tiba-tiba gelap?” Aku tenguk resah amat wajahnya.Maklumlah benda alah tu bukan murah-murah, lebih 2k juga.Pak long bagi supaya senang berhubung dengan anak-cucunya.

Pak ngah sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Lanjutan bersama keluarganya di Moscow State Medical University, Rusia.Mak usu pula hampir menamatkan ijazah pertamanya di University of Melbourne.Hanya Pak Long Dain yang telah bekerja tetap di Malaysia.Ibu dan ayahku pula tinggal bersama aki di sini.

Dulu bukan main lagi aki anti dengan anak cucu main telefon. Dia sanggup tulis surat berjela hantar ke pejabat pos masa pak long dan pak ngah belajar di Kuala Lumpur. Tunggu balasan surat mereka berhari-hari, kadang berminggu.

“Kalau ya pun luangkanlah masa tulis surat kat ayah,” omelan aki apabila mereka balik berhari raya. Tak payah telefon-telefon, ayah bukan dengar sangat dah, sengaja dia buat alasan.Sebenarnya aki amat obsess dengan suratini. Dia rasa ada nilai sentimental dan nostalgik.Yalah ketika aki bercinta dengan gemulah wan dahulu, suratlah penghubung rindu antara mereka.

Penuh selaci dalam almari berlipat molek sampai kini. Ketika sepi, aki akan belek semula lembaran warkah arwah wan. Agaknya itulah nilai nostalgik yang beliau katakan tu, pengubat di kala sunyi.

“Sekarang orang dah tak guna surat, ayah.Orang pakai emel je, senang dan cepat.Dapat je surat, boleh balas dan terima terus.” Pak ngah cuba mempengaruhi aki. Tapi kata-kata pak ngah itu diperlekehkannya saja. Aki tetap mahukan mereka hantar surat, kad raya dan poskad juga.

Satu hari ketika wan sakit, aki nak panggil pak long balik.Telefon rumah dah kena potong sebab aki marah sangat selalu mengganggu.Pak ngah dan pak long memang selalu telefon aki masa belajar.Justeru, apabila dah takada telefon, susah pula jadinya. Aki tulis surat. Kali ini pendek sahaja.Dia terus bergegas ke pejabat pos, tepek setem dan masukkan dalam peti.

Aki tunggu sehari, dua hari, masih takada juga balasan daripada mereka.Yalah khidmat pos domestik ini makan dua tiga hari juga untukmencari destinasi. Dia risau sangat kerana wan sering sebut nama anak-anaknya. Pada hal doktor dah kata demam biasa sahaja. Tapi aki memang macam tu , mudah gelabah. Sebab itu ayah dan emak buat tak endah sahaja.

“Ulfa, tolong aki antar surat ke pak ngah dan pak long kau.Nanti aki belikan topup,” apabila sudah tersdesak sangat, aki umpan aku.

“Kan aki dah hantar,” aku sengaja menyakatnya.Aku dengar mulut aki mengeriutmengata aku.Dengan patuh aku membuka laptop dah hantar emel.Dia jelling-jeling pula.Sekejap kemudian bunyi decitan emel masuk aku terima.

“Ha, surat pak ngah dan sampai aki,” kataku. Terbeliak matanya mendengar jawapanku.Sebentar kemudian bunyi kedua kedengaran menandakan emel pak long pula masuk.

“Hang biar betul. Baru je hantar tak kan dah balas..”Aki seakan menengkingku pula kerana mempemainkannya. Aku selamba sahaja, buka laptop depan aki dan tunjukkan paparan emel tersebut.

‘Waalaikumussalam ayah.Insya Allah kami akan balik sekejap lagi…’ sepatah-sepatah diabaca emel pak long. Kemudian aku scroll pula ke atas emel pak ngah. Dan aki baca antara ragu dan percaya.Aku buat-buat tak nampak perubahan wajah menyesal aki.

“Lain kali kalau aki nak hubungi pak long gunakan sahaja alamat [email protected], Pak ngah gunakan alamat [email protected] laptop Ulfa pun tak apa. Aki terpelongo sahaja. Tak apa, nanti Ulfa ajar aki ya, pujukku dalam hati.

Sekarang aki dan pandai guna emel. Aki dah minta belikan tab pula buat mudah baca tulisan. Telefon canggih yang pak long bagi aritu, kecik sangat katanya.

“Dah siap aki,” aku pulangkan tab aki yang telah kembali pulih. Bukan apa, biasalah tab tu akan ‘sleep’ sendiri kalau tak disentuh, Aki ingat rosak.

Aku berlalu ke dalam.Sebentar kedengaran lagi suara Aki tergelak-gelak sendiri. Aku tahu sekejap lagi, bunyi itu akan berganti dengan dengkuran pula. Gabungan simfoni yang harmoni.Aku menggelekek ketawa sendiri.

iii

Aki dah larut dengan sistem parkir di pasar raya moden itu. Tiap hari aki kena ke pekan membeli barangan untuk kedai koperasi masjid kariahnya.Lama-lama mahirlah dia dengan sistem yang dulu dia kutuk itu.Malah lebih senang dan praktikal pula katanya.

Tapi kini aki dah ada grup whatsapp dengan para pembekal barangannya.Aki tak perlu lagi membawa Proton Saga lamanya untuk meredah kesibukan pekan yang makin padat.Tak perlu lagi hulur tangan picit butang pintu parkir.Aki hanya sentuh key pad tabnya saja untuk berhubung dengan para pembekal. Tidak lama sampailah barangan yang dipesan secara online atau COD. Aki goyang kaki saja.

Sebagai Ahli Jawatankuasa Masjid, Aki juga diberi peranan untuk menghubungi dan memilih penceramah ke masjid tersebut. Semua aki boleh buat di hujung jari sahaja.Grup komuniti Taman Ria itupun dia aktif sebagai sumber informasi.

Semua aktiviti masjid dimasukkan di dalam grup tersebut.Yang canggih-canggih aki suruh aku buat seperti portal masjid, laman web dan terbaru siaran TV internet.Dengan siaran TV ini, program yang sedang dijalankan boleh diikuti secara langsungmelalui link http://www.facebook.com/ChannelRia/videos.

“Aki, tahu tak berapa ramai jemaah yang menyaksikan ceramah Ustaz Qarni al-hafiz malam tadi?” sengaja aku nak kenakan aki. Aki jebek bibir, macamlah soalan tu susah sangat.

“Kau ni tanya macam aki tak pernah pergi masjid pula,” Aki masih kebal untuk membuang egonya. Aku terhibur pula melihat aksi aki.

“Yalah, berapa ki? Ulfa nak simpan rekod ini, nanti senang juga aki buat laporan,” aku jerat aki lagi.Kali ini aki palingkan muka ke arahku.Aki memang kena laporkan setiap aktiviti yang dijalankan setiap bulan.Dan aku pula yang jadi tukang catat data dalamnote pad untuk aki.

“Hm… dalam 40 orang kot.”Aku gembira apabila aki secara jujur memaklumkan jumlah jemaah yang hadir.Aki tunggu reaksiku pula.

“Aki tahu tak, sebenarnya orang yang menyaksikan ceramah malam tadi seramai 2045 orang?”aku meletuskan propaganda.

Punggung aki sedikit terangkat dari kerusi makan.Kopi panas yang hampir singgah ke bibirnya terloncat semula tumpah ke dulang. Aku tenguk mata aki terbeliak seakan mahu memarahi aku.

“Hang nak kena penampar keapa?” Bibirnya digetap-getap memandangku macam rimau mahu menelan mangsa lagaknya. Aku senyum sahaja kerana aku pun tahu aki tak kan buat apa-apa kat aku. Aku cucu kesayangananya. Tak kan dia lupa siapa yang selalu tolong aki bila tab barunya rosak (pada hal aki yang tak tau guna).

“Iya, aki, lebih dua ribu!” aku meyakinkan.

“Aki tahulah malaikat akanada sama dalam majlis tu,” Aki bertamsil.Aku senyum.

“Aki tenguk ni,” aku unjukkan telefonku yang sedang menayangkan video klip ceramah Ustaz Qarni itu. Sesekali kamera membuat rakaman secara ‘panorama’ yang memaparkan kelibat jemaah yang hadir.Aki tenguk penuh takjub.Macam mana program yang dijalankan di masjid itu boleh masuk telefon, gumam hati aki barangkali.

“Aik, gambar aki pun ada?Ha, tu Tuk Imam Munir.”Aki nampak teruja sangat apabila wajahnya tertera bersebelahan dengan imam.

“Yalah ki, itu semua jemaah yang hadir kat masjid. Sekarang cubaaki tenguk catatan kat bawah tu. Ha, yang ni menunjukkan bilangan orang yang melihat video ni..dah tambah 2300 pulasekarang,” aku selamba memberi tahu yang ceramah itu boleh dirakam untuk dilihat semula melalui aplikasi youtube.Makin teruja dan terlopong mulut aki aku tenguk.

“Jadi majlis semalam boleh dilihat oleh penduduk yang tak datang juga ke?”Aki separuh percaya.Aku angguk.Aki amat-amati angka yang kian meningkatdi ikon ‘like’di samping ruangkomen netizen yang pelbagai..

“Ya, ki. ChannelRia.com ini dihubungkan terus dengan linkFBLiveStream. Semua program dapat disaksikan secara ‘live’ aki, ‘live’….” Aku sengaja membakar semangatnya.Angguk-angguk aki tanpa henti melihat hasil kerjaku.

“Cayalah cucu aki!”Aki mula sedarkemajuan internet hari ini sangat pantas berubah dan memberi impak yang bukan sedikit kepada kehidupan manusia.

iv

Aki kini ada minat baharu pula.Aki mula belajar memuatnaik gambar dan video aktiviti yangdijalankan.Masjid Taman Ria kini mempunyai laman sesawang sendiri yang menjadi medium menyampaikan info sambil berdakwah.Semua pelayar boleh masuk ke websitewww.masjidtamanria.my.

“Ayah, wah dah popular sekarang!” suatu hari pak ngah mengadakan sidang video dari Russia.Aki terpinga-pinga juga asalnya. Tak tahu apa maksud kata-kata itu.

“Awatnya?”

“Buat-buat tak tahu.Video ayah berucap dah sampai ke Russia ni,” usik pak ngah.

“Apa?” lagi besar nganga mulut aki.

“Bukan saja Rusia, pak ngah.Aki dah popular seluruh dunia!” aku menyampuk.