Watikah perisytiharan yang diperkenankan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrim Muizuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghfur-lah bertarikh pada 13hb Disember 2018 yang lalu di Istana Negara melalui Datuk Pengelola Bijaya DiRaja dipersembahkan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik kepada Tuanku Syed Sirajuddin dalam satu majlis yang diadakan di Ruang Tamu Galeri Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak petang semalam.


Maszlee diiringi oleh Pengerusi Lembaga Gabenor dan Naib Canselor universiti APEX berkenaan, Dr. Hari Nayanan P. Ondiveeran serta Profesor Datuk Dr. Asma Ismail.


Terdahulu daripada itu, keberangkatan baginda bersama-sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan cucunda sulung, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail disambut oleh Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak.


Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Gazali bin Abas, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Kamel Mohamad dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir. - UTUSAN ONLINE