Walaupun bilangan syarikat sosial semakin bertambah, namun masih ramai yang kurang berpengetahuan tentang bagaimana untuk menjayakan model perniagaan sosial. Menyedari hakikat ini, adalah penting untuk kita mendedahkan minda para pelajar di usia muda berkenaan cara merancang model perniagaan yang mampan yang seimbang dari segi mendatangkan keuntungan dan juga memberikan impak sosial.

Ketika lawatan ke Social Entrepreneurship Boot Camp yang dianjurkan oleh MaGIC hari ini, hampir 50 pelajar dari Kelab Cre8tive Minders mendapat ilmu pengetahuan keusahawanan sosial dan model kanvas perniagaan. Selain daripada itu, para pelajar juga mendapat peluang untuk menyaksikan dan mencuba 12 prototaip yang dibentangkan oleh para peserta.

Jelas dilihat bahawa pelajar sangat berminat dengan hasil prototaip dan teruja untuk mencuba beberapa produk yang dipamerkan antaranya termasuk Mom’s Village, ProjectEd dan Kedua.

Pelajar juga mendapat inspirasi dengan model perniagaan yang diterangkan dan menunjukkan minat untuk menghasilkan model perniagaan mereka sendiri dengan impak social yang berkesan.

"Ini merupakan pendedahan yang baik dan mampu membuka mata para pelajar. Saya yakin program hari ini akan memberi mereka pemahaman yang lebih baik untuk mewujudkan impak sosial yang berkesan.

"Kami juga berharap dapat mengadakan lebih banyak kolaborasi dengan pemboleh untuk terus memberi ilmu pengetahuan berkenaan model kanvas perniagaan yang berkesan kepada golongan muda khususnya para pelajar universiti", kata Puan Rozi Hanum Shaharudin, Penasihat Kelab Cre8tive Minders.