PJJ yang dikendalikan oleh UPM Education & Training terbukti berjaya apabila ramai golongan bekerjaya daripada pelbagai profesion memilih program itu untuk menambah nilai pengetahuan.

Selain itu, program PJJ UPM adalah fleksibel kerana perjumpaan dengan pensyarah hanya dua hingga tiga kali dalam satu semester dan lain-lainnya disokong kelas tutorial dan modul pembelajaran kendiri dengan tugasan lain yang berkaitan.

Perkara ini juga memudahkan mereka untuk memberi fokus terhadap karier sambil belajar.

Terdapat 16 pusat pembelajaran program PJJ UPM di seluruh negara. Bantuan pembelajaran juga lengkap tersedia semasa sesi perjumpaan bersemuka dilakukan.

Pusat-pusat pembelajaran tersebut adalah di Kedah (Alor Setar), Perak (Ipoh), Selangor (Shah Alam), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Seremban), Melaka (Ayer Keroh), Johor (Johor Bahru), Pahang (Kuantan), Kelantan (Kota Bharu), Sabah (Kota Kinabalu & Tawau), Sarawak (Sibu, Kuching, Bintulu & Miri) dan kampus UPM Serdang. Oleh itu, pelajar mempunyai pilihan untuk mengikuti sesi pembelajaran di lokasi terdekat tanpa memikirkan kesulitan menghadiri kelas.

UPM Education & Training turut menggunakan persida­ngan video LIP. Kombinasi antara internet dan video membo­lehkan pelajar di pusat pengajian mengikuti pembelajaran secara langsung.

Sesi kuliah yang dirakam juga dimuat naik dalam portal VOD (Video on Demand) untuk rujukan pelajar pada bila-bila masa.

Selain itu, UPM juga menawarkan program sepenuh masa tanpa melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di Kementerian Pendidikan (laluan perdana) melalui Saluran T20.

Permohonan bagi saluran itu dikendalikan oleh UPM Education & Training. Saluran ini memberi peluang kepada calon yang tidak mendapat tempat di UPM melalui saluran perdana dengan memenuhi syarat minimum program universiti itu.

Bagi kemasukan Semester Kedua 2018/2019, tarikh tutup permohonan Diploma, Bachelor & Master adalah pada 7 Januari 2019.

Individu yang berminat boleh memuat turun borang permohonan kemasukan di laman sesawang UPM Education & Trai­ning.