Bahkan Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memberitahu, langkah mengenal pasti calon pengganti telah dibuat sejak beberapa bulan yang lalu.

Sehubungan itu katanya, kementerian memohon kerjasama pihak media agar mengelak daripada menyiarkan laporan yang tidak tepat bagi mengelak sebarang kekeliruan.

“Kementerian ingin menjelaskan bahawa tempoh pelantikan Noor Azlan sepertimana ditetapkan dalam kontrak adalah sehingga 31 Disember ini,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik sebelum ini dilaporkan menegur Noor Azlan supaya tidak menutup ruang intelektual di universiti ketika diminta mengulas insiden Hishamuddin yang mendakwa dihalang menyampaikan kuliah dalam satu program di UKM.

Sementara itu jelas kenyataan itu, Maszlee turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Noor Azlan atas sumbangan bakti beliau yang telah menerajui UKM sejak tahun 2014. - UTUSAN ONLINE