Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Peluang murid luar 
bandar belajar robotik

Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz (dua dari kanan) bersama Tunku
Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz (dua dari kanan) bersama Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz bertanyakan sesuatu kepada salah seorang pelajar dari Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru pada Pertandingan Robotik VEX Malaysia 2017 di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, semalam. Turut kelihatan Dr. Musa Ahmad (empat dari kanan) dan Ilylia Kamaruzaman. utusan/Abd. Razak Aid

SEREMBAN 19 Feb. – Satu projek perintis bagi membolehkan murid sekolah di luar bandar menimba ilmu pengetahuan berkaitan robotik dilaksanakan dengan penubuhan Kelab Robotik Seri Menanti di Kuala Pilah.

Pengarah Urusan Robotics Learning (M) Sdn. Bhd., Ilylia Kamaruzaman berkata, kelab itu telah ditubuhkan sejak enam bulan lalu melibatkan 80 murid berusia antara tujuh hingga 12 tahun dari empat buah sekolah rendah di sekitar Seri Menanti.

Beliau berkata, setiap minggu, murid berkenaan akan menghadiri kelas robotik selama satu setengah jam dengan kadar bayaran RM10 untuk setiap kelas.

"Kos penubuhan kelab ini ditanggung oleh Yayasan Munarah manakala kemudahan dan peralatan untuk kelas dibiayai melalui geran yang diperoleh oleh kami.

"Para peserta kelab ini telah menunjukkan kemajuan memberansangkan yang mana dalam pertandingan hari ini, seramai 32 ahli kelab itu mengambil bahagian," katanya dalam sidang akhbar selepas saingan akhir Pertandingan Robotik VEX Malaysia 2017 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dekat Nilai di sini hari ini.

Majlis perasmian pertandingan itu telah disempurnakan oleh Pro-Canselor USIM, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.

Yang turut hadir, penaung pertandingan itu, Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz dan Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad.

Sebanyak 32 pasukan yang melibatkan lebih 300 pelajar mengambil bahagian dalam pertandingan itu antaranya dari Sekolah Tun Fatimah (STF), Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Kolej Permata Insan, Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Laksamana Nasir, SK Yamtuan Hitam dan SK Yamtuan Lenggeng.

Pasukan yang memenangi pertandingan itu akan membawa cabaran negara ke pertandingan peringkat dunia, VEX Robotics Competition World Championship 2017 di Kentucky Exposition Center, Amerika Syarikat pada 19 hingga 25 April ini.

Dalam majlis hari ini, Tunku Ali Redhauddin turut menyampaikan watikah pelantikan kepada tujuh pelajar yang terpilih mewakili Malaysia ke Pertandingan FIRST Global Challenge di Washington, Amerika Syarikat pada Julai ini.

Pertandingan robotik seakan-akan Olimpik itu julung kali diadakan melibatkan 120 negara di dunia.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain