Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pelajar cemerlang STPM kongsi rahsia kejayaan

SOFARUDIN ISMAIL (kiri) menyampaikan keputusan STPM kepada Nur 3
SOFARUDIN ISMAIL (kiri) menyampaikan keputusan STPM kepada Nur Athirah Mohd Zukri dalam majlis yang diadakan di Sungai Petani, Kedah, semalam.

SUNGAI PETANI 28 Feb. – Kese­m­pitan hidap keluarga dan kepayahan menuntut ilmu termasuk terpaksa menunggang motosikal sehingga 40 minit untuk ke sekolah mencetus motivasi dalam diri pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari Sekolah Mene­ngah Kebangsaan (SMK) Ba­ling.

Lantaran itu Nur Izni Syazwani Ahmad, 20, dari Kampung Charuk Bakong, Pulai Ba­ling yang memperoleh 4A berkata, kejayaan tersebut cukup bermakna kepada dirinya dan keluar­ga.

“Sesungguh­nya, saya paling gembira sekali kerana mendapat keputusan STPM terbaik bersama dengan tiga orang rakan, termasuk Faridah Musa, Ng Li Min dan Nur Anis Syakirin Che Ros masing-masing dari SMK Baling.

“Sebenarnya, saya adalah dari keluarga susah, pergi ke sekolah hanya dengan menunggang motosikal, balik ke rumah dalam keadaan panas terik dan selepas kejayaan ini, saya bercita-cita untuk sambung belajar di Universiti Malaya (UM) pula untuk mempelajari bidang undang-undang,” katanya ketika ditemui di sini.

Nur Izni merupakan antara 46 pelajar mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan itu diumumkan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Ne­geri Kedah, Sofarudin Ismail dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pelajar SMK Kubur Panjang, Alor Setar, Rosmawarni Zakaria, 20, berkata, sebagai pelajar di antara perkara utama yang dilakukan setiap hari adalah menyediakan nota ringkas mengenai mata pelajar tertentu semasa berada di rumah.

“Setiap masalah bila timbul dan meragukan berkaitan mata pelajaran Bahasa Melayu, Pengajian Perniagaan, Sejarah dan Pengajian Am, perlu dirujuk kepada guru sahaja.

“Guru kelas tidak kedekut dengan ilmu yang ada dan terus beri pelbagai nasihat, semuanya saya jadikan panduan sebelum hadapi ujian besar peperiksaan STPM itu,” katanya.

Sementara itu, Sofarudin ketika berucap di majlis itu berkata, seramai 46 calon memperoleh keputusan terbaik STPM mengikut Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) pada 2016 berbanding 2015 dengan 24 calon sahaja.

Menurutnya, mereka adalah pelajar dari 43 sekolah menengah di seluruh negeri Kedah dengan seramai 3,677 calon mengambil peperiksaan itu, termasuk calon sekolah swasta dan calon persendirian, berbanding pada tahun 2015 seramai 3,357 calon.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain