Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Parlimen Kuala Pilah taja 47,680 naskhah Tutor

Hasan Malek  bersama Zainal Abidin Ahmad (tiga dari kiri) serta
Hasan Malek bersama Zainal Abidin Ahmad (tiga dari kiri) serta warga pendidik tertarik dengan akhbar pendidikan Tutor dan Utusan Pelajar ketika hadir ke Majlis Ramah Mesra Warga Pendidik Bersama Ahli Parlimen Kuala Pilah dan Pelancaran Bengkel Tutor Utusan Malaysia di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, semalam. UTUSAN/Abd Razak Aid

KUALA PILAH 20 Feb. – Keputusan memilih akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor sebagai bahan sokongan pembelajaran ternyata satu langkah tepat apabila pencapaian para pelajar sekolah di daerah ini mencatat peningkatan pada tahun lalu.

Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek berkata, maklum balas itu diterima daripada guru dan Pejabat Pendidikan daerah yang berpuas hati dengan penggunaan akhbar berkenaan.

Menurutnya, disebabkan kesan positif itu, beliau bersetuju untuk menaja akhbar tersebut sekali lagi pada tahun ini seba­nyak 47,680 naskhah berban­ding 35,000 tahun lalu.

“Saya dapati maklum balas daripada guru-guru amat positif kerana Tutor memberi kesan besar kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah dan menengah.

“Akhbar ini adalah bahan sokongan dan saya harap guru-guru akan terus memanfaatkannya seiring dengan konsep pem­belajaran masa kini,” katanya.

Beliau berucap dalam Majlis Ramah Mesra Warga Pendidik Bersama Ahli Parlimen Kuala Pilah dan pelancaran bengkel Tutor Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pegawai Pendidikan daerah, Zainal Abidin Ahmad; timbalannya, Kamanizam Tindek dan Penolong Pe­ngurus Pemasaran Bahagian Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Azharudin Awang Long.

Dalam majlis tersebut, Hasan turut menyerahkan naskhah percuma Tutor kepada wakil-wakil sekolah.

Sementara itu, beberapa guru yang ditemui mengakui akhbar tersebut dapat membantu kefahaman murid yang mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun lalu.

Menurut Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua, Lee Bee Hua, Tutor banyak memberi manfaat kepada calon-calon UPSR yang lemah dalam subjek Bahasa Melayu untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

“Tutor menggunakan format terkini UPSR dan ini turut memudahkan murid-murid di sekolah kami yang mengambil peperiksaan tersebut,” katanya.

Bagi Guru Besar Sekolah Ulu Sungai Dua, Mohd. Ahyaulumuddin Abdul Hamid, akhbar pendidikan itu banyak membantu sekolah berkenaan muncul sebagai sekolah terbaik di Kuala Pilah dalam UPSR tahun lalu.

“Sebagai bahan tambahan dalam pembelajaran, akhbar ini banyak membantu murid-murid dan sekolah. Sudah pasti kami akan menggunakannya lagi pada masa akan datang,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain