Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Malaysia komited menawarkan Kuala Lumpur sebagai lokasi Kota Buku 2020 dan telah menggerakkan jentera ke arah menjayakan usaha itu.

Ketika berucap pada perhimpunan itu, beliau berkata Kuala Lumpur bekerjasama rapat de­ngan Kementerian Pendidikan untuk memacu budaya membaca dalam kalangan masyarakat di seluruh negara.

Ketika bercakap dalam sidang akhbar selepas membentangkan permohonan Malaysia itu, Ma­hdzir berkata, Malaysia akan menyerahkan dokumen pembidaan pada tahun depan kepada UNESCO.

Ujar beliau, kerajaan telah menggerakkan segala jentera berkaitan untuk menjayakan inisiatif berkenaan.

Selain Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), antara pihak lain yang dilantik menganggotai jawatankuasa kerja itu ialah Majlis Buku Malaysia, Institut Terjemahan Buku Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Menurutnya, Bangkok merupakan negara serantau yang pernah menjadi kota buku dunia dan Kota Buku Dunia 2019 ialah Kota Sharjah di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Usaha melobi akan dilakukan dalam dua pusingan pada Perhimpunan Agung UNESCO, iaitu pada tahun ini dan pada 2019.

Pelbagai aktiviti kebudayaan, kesusasteraan dan pembacaan akan dijalankan selama setahun jika Kuala lumpur berjaya dalam pembidaan itu.