uitm-2
 

Penasihat pelajar, Nor Hisyam Husin turut terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan itu bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai kehidupan golongan yang kurang bernasib baik.

Sumbangan wang tunai dan keperluan harian seperti beras, kipas, cadar, bantal, barang basah dan sebagainya kepada pelajar-pelajar turut disampaikan.

Aktiviti-aktiviti berkonsepkan pengisian ilmiah,akademik dan motivasi juga turut dijalankan selain bergotong-royong membersihkan tempat penginapan di madrasah tersebut dan amenyediakan juadah berbuka puasa kepada mereka.

Program bantuan amal ini melibatkan kira-kira 70 orang kanak-kanak rohingya yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja, masing-masing berumur antara tiga hingga 17 tahun.

Mengulas program itu, Nor Hisyam berkata, pelajar telah diberi pendedahan untuk melaksanakan projek komuniti ini bagi membantu masyarakat yang memerlukan di samping dapat menerapkan kemahiran insaniah di dalam diri pelajar.

Seorang tenaga pengajar di Madrasah Rahmaniyyah, Ustaz Arif berkata, madrasah berkenaan telah lama tidak dikunjugi oleh mana-mana pihak untuk mengadakan program bantuan amal, tetapi tidak dinafikan bahawa masih ada pihak yang prihatin turut memberi sumbangan secara kecil-kecilan.

Menurut salah seorang pelajar, Muhammaz Uzzair, aktiviti kemasyarakatan ini secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk lebih mendekati dengan masyarakat luar dan beliau sangat berpuas hati dan berbangga terlibat di dalam program ini.

“Saya berharap projek kemasyarakatan ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan ianya benar-benar memberi satu pengalaman berguna kepada saya dan rakan-rakan ” kata Syahidah salah seorang pelajar.

“Program seperti ini perlu diperbanyakkan, apatah lagi oleh mereka yang berpelajaran tinggi seperti UiTM kerana boleh dijadikan ikutan kepada pelajar-pelajar lain," katanya.