Program itu disertai seramai 60 orang murid tahap satu dengan bimbingan 70 orang siswa dan siswi ahli PERUBAHAN yang diiringi empat orang pensyarah Pusat Pengajian Ukur Bahan.

Turut hadir ialah Guru Besar, Anuwar Arshad dan wakil PERUBAHAN, Dr. Noor Akmal Adillah

Mahasiswa yang bertindak sebagai fasilitator program menjalankan aktiviti bersama pelajar dengan bermain permainan, antaranya permainan Duit Misteri, Puzzle, Charades, Math game, Word game, Memorize card, Pulau Terapung, Getah Beracun dan Pagar Roboh.

Program bermatlamat untuk membentuk personaliti positif dalam kalangan pelajar Orang Asli, sekali gus merapatkan hubungan dengan mahasiswa.

Di akhir program, peserta telah diberikan sijil penghargaan, cenderahati dan hadiah. Kunjungan kali kedua ahli PERUBAHAN sejak tahun 2018 ini diharapkan dapat diteruskan di masa akan datang. - UTUSAN ONLINE